Gerak kerja dakwah yang tesusun serta istiqamah dalam melahirkan daie’-daie’ baru yang dapat menjalankan amanah dari ALLAH s.w.t perlulah ada dalam diri setiap diri para daie’. Kita boleh analogikan gerakan dakwah serta tarbiyyah yang tersusun untuk melahirkan daie’ baru seumpama kisah sepohan pokok dan seorang petani. Dalam kisah ini para daie’ boleh diibaratkan sebagai petani dan madu’(orang yang hendak didakwahkan supaya menjadi daie’ baru)boleh diibaratkan sebagai sepohon pokok. Kita boleh kategorikan proses penanaman pokok kepada tiga peringkat iaitu peringkat benih,peringkat pembesaran pokok dan peringkat menuai hasil.
Dalam proses penanaman pokok, langkah pertama yang perlu dilakukan seorang petani ialah memilih anak benih yang berkualiti dan baik sifatnya. Sepertimana dalam memilih madu’ yang harus dilatih untuk bekerja dalam kerja dakwah juga perlu mempunyai kelebihan serta keupayaan dalam menangkis sebarang halangan dan rintangan disepanjang jalan dakwah.

Sebagai seorang petani yang mengambil berat tentang tanamannya,pokok tadi akan sentiasa dijaga dan dibaja agar tumbuh dengan subur tanpa ada sebarang kecacatan ataupun penyakit yang akan menyebabkan pokok tersebut terbantut pembesarannya dan seterusnya mati. Samalah juga sebagai seorang daie yang bertanggungjawab, perlulah untuk memandu madu’ dan sentiasa memberi tunjuk ajar dalam hal-hal agama dan sebagainya. Jika para daie’ hanya bersikap seumpama “melepaskan batuk ditangga “ maka madu’ yang telah dipilih untuk dilatih akan keciciran dan tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Pada peringkat ini masih ada lagi ruang dan masa untuk para daie’ bermuhasabah diri serta membaiki kelemahan diri untuk membentuk madu’ supaya menjadi daie’.pokok yang terkena penyakit masih lagi boleh dirawat serta disemburkan racun serangga untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan pada pokok berlaku.

Selepas lama menanam pokok, tibalah masanya untuk pokok berkenaan berbunga dan seterusnya akan berbuah. Pada saat ini,peranan petani sangat penting untuk memastikan hasil@ buah dari pokok berkualiti seperti manis, enak rasanya dan buah tidak mudah rosak. Jika masalah pemahaman para madu’ masih lagi tidak jelas dengan tugas-tugas yang perlu dijalankan, peranan daie’ amatlah diperlukan bagi memastikan hasil didikan @tunjuk ajar sejak sekian lama berhasil. Walaupun pada peringkat ini telah dikira terlambat bagi daie’ untuk membentuk daie’ yang baru, tetapi dengan kesungguhan serta strategi yang yang berkesan dan efektif maka dapat melahirkan daie’ yang berkualiti dan mampu melakukan gerak kerja dakwah dalam masa yang singkat. Petani akan dapat hasil @ buah yang berkualiti jika meletakkan baja buah pada pokok untuk memastikan hasil boleh dituai.

Oleh itu, strategi dan perancangan yang teliti dan tersusun dalam setiap tindakan daie’ amatlah diperlukan agar dapat melahirkan generasi daie’ baru yang lebih efektif dalam melakukan gerak kerja dakwah.
"ALLAH didahulukan, AKHIRAT diutamakan"........"one UMMAH"
_mujahid teratai
No comments:
Post a Comment