Thursday, November 26, 2009

Sembilan BentukPembaziran

Membazir biasa dikaitkan dengan perbelanjaan. Dari segi bahasa membazir boleh ditakrifkan sebagai berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]

adakah kita sedar bahawa sesungguhnya membazir itu bukan sekadar dari segi perbelanjaan tetapi ad banyak lagi.Pemahaman seperti ini seringkali tidak dapat dibezakan oleh kebanyakan masyarakat sekarang yang hanya berfikiran jumud atau sempit.Seumpama masyarakat sekarang memahami tentang islam yang mereka berpendapat agama islam hanya dalam bentuk ibadat kepada ALLAH s.w.t padahal islam itu berbentuk syumul dan meliputi semua aspek kehidupan.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Saturday, November 21, 2009

Dakwah satu tanggungjawab kepada umat islam

dakwah adalah satu perkara yang sering didengari dan sering kali diungkapkan oleh jemaah tabligh terutamanya....adakah dakwah hanya untuk orang2 tertentu shj? jawapannya tentulah tidak.dakwah adalah satu tugasan yg perlu dan menjadi fardu ain untuk menyampaikannya pada zaman sekarang.ini kerana sejak beberapa dekad ini gejala-gejala sosial semakin bertambah dan ia umpama cendawan yg tumbuh selepas hujan.
satu perumpamaan yang telah diberikan oleh seorang ilmuan yang mana beliau menganologikan kita sebagai seorang tukang rumah yang membina rumah di waktu siang manakala ada 10 orang yg meruntuhkannya pada waktu malam.jadi rumah yug dibina tidak mungkin sekali akan siap.begitu jugalah dakwah yang mana tugas ini perlu diambil oleh setiap orang yg bergelar muslim supaya masyarakat dapat dielakkan dari terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat dan negara islam dapat dibentuk.kenapa dakwah adalah tanggungjawab bg setiap orang islam?antaranya sebabnya ialah...

[1] Dakwah merupakan jalan hidup Rasul dan pengikutnya

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah, Inilah jalanku; aku menyeru kepada Allah di atas landasan ilmu yang nyata, inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku…” (Qs. Yusuf: 108)

Berdasarkan ayat yang mulia ini Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengambil sebuah pelajaran yang amat berharga, iaitu: Dakwah ila Allah (mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah) merupakan jalan orang yang mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang beliau tuliskan di dalam Kitab Tauhid bab Ad-Du’a ila syahadati an la ilaha illallah (Ibthal At-Tandid, hal. 44).

[2] Dakwah merupakan ciri-ciri orang-orang yang muflih (berjaya)

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Hendaklah ada di antara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan, memerintahkan yang ma’ruf, melarang yang mungkar. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang beruntung.” (Qs. Ali-’Imran: 104)



Ibnu Kathir rahimahullah menyebutkan riwayat daripada Abu Ja’far Al-Baqir setelah membaca ayat “Hendaklah ada di antara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan” maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Yang dimaksud kebaikan itu adalah mengikuti Al-Qur’an dan Sunnah-ku.” (HR. Ibnu Mardawaih) (Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 66)

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Benar-benar kalian mesti memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar, atau Allah akan mengirimkan untuk kalian hukuman dari sisi-Nya kemudian kalian pun berdoa kepada-Nya namun permohonan kalian tidak lagi dikabulkan.” (HR. Ahmad, dinilai hasan Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’ hadits no. 7070. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 66)

[3] Dakwah merupakan ciri umat yang terbaik

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan bagi umat manusia, kalian perintahkan yang ma’ruf dan kalian larang yang mungkar, dan kalian pun beriman kepada Allah…” (Qs. Ali-’Imran: 110)

Ibnu Kathir mengatakan, “Pendapat yang benar, ayat ini umum mencakupi segenap umat (Islam) di setiap zaman sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka masing-masing. Sedangkan kurun terbaik di antara mereka semua adalah masa diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian generasi sesudahnya, lantas generasi yang berikutnya.” (Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 68)

[4] Dakwah merupakan sikap hidup orang yang beriman

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar,…” (Qs. At-Taubah: 71)

Inilah sikap hidup orang yang beriman, bertentangan dengan sikap hidup orang-orang munafiq yang memerintahkan yang mungkar dan melarang daripada yang ma’ruf. Allah ta’ala menceritakan hal ini dalam firman-Nya (yang ertinya), “Orang-orang munafiq lelaki dan perempuan, sebahagian mereka merupakan penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka memerintahkan yang mungkar dan melarang yang ma’ruf…” (Qs. At-Taubah: 67)

[5] Meninggalkan dakwah akan membawa petaka

Allah ta’ala berfirman tentang kederhakaan orang-orang kafir Bani Isra’il (yang ertinya), “Telah dilaknati orang-orang kafir dari kalangan Bani Isra’il melalui lisan Daud dan Isa putera Maryam. Hal itu dikeranakan kemaksiatan mereka dan perbuatan mereka yang selalu melampaui batas. Mereka tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh sebahagian di antara mereka, amat buruk perbuatan yang mereka lakukan itu.” (Qs. Al-Ma’idah: 78-79)

Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan, “Tindakan mereka itu (mendiamkan kemungkaran) menunjukkan bahawa mereka meremehkan perintah Allah, dan kemaksiatan mereka anggap sebagai perkara yang remeh. Seandainya di dalam diri mereka terdapat pengagungan terhadap Rabb mereka nescaya mereka akan merasa cemburu kerana larangan-larangan Allah dilanggar dan mereka pasti akan marah kerana mengikuti kemurkaan-Nya…” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 241)

Di antara kesan mendiamkan kemungkaran adalah kemungkaran tersebut semakin menjadi-jadi dan bertambah bermaharajalela. Syaikh As-Sa’di telah memaparkan akibat buruk ini, “Sesungguhnya hal itu (mendiamkan kemungkaran) menyebabkan para pelaku kemaksiatan dan kefasikan menjadi semakin lancang dalam memperbanyakkan perbuatan kemaksiatan tatkala perbuatan mereka tidak dicegah oleh orang lain, sehingga keburukannya semakin menjadi-jadi. Musibah diniyah dan duniawiyah yang timbul pun semakin besar kerananya. Hal itu membuat mereka (pelaku maksiat) memiliki kekuatan dan kedegilan. Kemudian yang terjadi setelah itu adalah semakin lemahnya kekuatan yang dimiliki oleh ahlul khair (orang baik-baik) dalam melawan ahlusy syarr (orang-orang jahat), sampai-sampai suatu keadaan di mana mereka tidak sanggup lagi mengingkari apa yang dahulu pernah mereka ingkari.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 241)

[6] Orang yang berdakwah adalah yang akan mendapatkan pertolongan Allah

Allah berfirman (yang ertinya), “Dan sungguh Allah benar-benar akan menolong orang yang membela (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Mereka itu adalah orang-orang yang apabila kami berikan keteguhan di atas muka bumi ini, mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar. Dan milik Allah lah akhir dari segala urusan.” (Qs. Al-Hajj: 40-41)

Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa barangsiapa yang mengaku membela agama Allah namun tidak memiliki ciri-ciri seperti yang disebutkan (mendirikan shalat, menunaikan zakat, memerintahkan yang ma’ruf dan melarang yang mungkar) maka dia adalah pendusta (lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 540).

[7] Dakwah, bakti anak kepada ibu bapa

Allah ta’ala meceritakan nasihat indah daripada seorang bapa teladan iaitu Luqman kepada anaknya. Luqman mengatakan (yang ertinya), “Hai anakku, dirikanlah shalat, perintahkanlah yang ma’ruf dan cegahlah dari yang mungkar, dan bersabarlah atas musibah yang menimpamu. Sesungguhnya hal itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).” (Qs. Luqman: 17)

Allah juga menceritakan dakwah Nabi Ibrahim kepada bapanya. Allah berfirman (yang ertinya), “Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim yang terdapat di dalam Al-Kitab (Al-Qur’an). Sesungguhnya dia adalah seorang yang jujur lagi seorang nabi. Ingatlah ketika dia berkata kepada bapaknya; Wahai ayahku. Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak boleh mencukupi dirimu sama sekali? Wahai ayahku. Sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku nescaya akan kutunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai ayahku. Janganlah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu selalu derhaka kepada Dzat Yang Maha Penyayang.” (Qs. Maryam: 41-44)

[8] Dakwah, alasan bagi hamba di hadapan Rabbnya

Allah berfirman (yang ertinya), “Dan ingatlah ketika suatu kaum di antara mereka berkata, ‘Mengapa kalian tetap menasihati suatu kaum yang akan Allah binasakan atau Allah akan mengazab mereka dengan seksaan yang amat keras?’ Maka mereka menjawab, ‘Agar ini menjadi alasan bagi kami di hadapan Rabb kalian dan semoga saja mereka mahu kembali bertakwa’.” (Qs. Al-A’raaf: 164)

Syaikh As-Sa’di rahimahullah mengatakan, “Inilah maksud paling utama dari pengingkaran terhadap kemungkaran; iaitu agar menjadi alasan untuk menyelamatkan diri (di hadapan Allah), serta demi menegakkan hujah kepada orang yang diperintah dan dilarang dengan harapan semoga Allah berkenan memberikan petunjuk kepadanya sehingga dengan begitu dia akan mahu melaksanakan tuntutan perintah atau larangan itu.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 307)

Allah berfirman (yang ertinya), “Para rasul yang kami utus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan itu, agar tidak ada lagi alasan bagi manusia untuk mengelak setelah diutusnya para rasul. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. An-Nisaa’: 165).

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah di hadapan para sahabat pada hari raya korban. Beliau berkata, “Wahai umat manusia, hari apakah ini?” Mereka menjawab, “Hari yang disucikan.” Lalu beliau bertanya, “Negeri apakah ini?” Mereka menjawab, “Negeri yang disucikan.” Lalu beliau bertanya, “Bulan apakah ini?” Mereka menjawab, “Bulan yang disucikan.” Lalu beliau berkata, “Sesungguhnya darah, harta, dan kehormatan kalian adalah disucikan tak boleh dirampas daripada kalian, sebagaimana sucinya hari ini, di negeri (yang suci) ini, di bulan (yang suci) ini.” Beliau mengucapkannya berulang-ulang kemudian mengangkat kepalanya seraya mengucapkan, “Ya Allah, bukankah aku sudah menyampaikannya? Ya Allah, bukankah aku telah menyampaikannya?”… (HR. al-Bukhari dalam Kitab Al-Hajj, bab Al-Khutbah ayyama Mina. Hadits no. 1739)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah menerangkan, “Sesungguhnya beliau mengucapkan perkataan seperti itu (Ya Allah bukankah aku sudah menyampaikannya) disebabkan kewajipan yang dibebankan kepada beliau adalah sekedar menyampaikan. Maka beliau pun mempersaksikan kepada Allah bahawa dirinya telah menunaikan kewajipan yang Allah bebankan untuk beliau kerjakan.” (Fath Al-Bari, jilid 3 hal. 652).

[9] Dakwah tali penyatu umat

Setelah menyebutkan kewajipan untuk berdakwah atas umat ini, Allah melarang mereka daripada perpecahan, “Dan janganlah kalian seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah keterangan-keterang an datang kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang berhak menerima seksaan yang sangat besar.” (Qs. Ali-’Imran: 105)

Syaikh Ibnu Uthaimin rahimahullah mengatakan, “Kalaulah bukan kerana amar ma’ruf dan nahi mungkar nescaya umat manusia (kaum muslimin) akan berpecah belah menjadi bergolong-golongan, tercerai-berai tak keharuan dan setiap golongan merasa bangga dengan apa yang mereka miliki…” (Majalis Syahri Ramadhan, hal. 10)

Thursday, August 13, 2009

Rahsia kekuatan fikiran 1

Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang menakjubkan.
Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan ia berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan.
Otak orang dewesa mwngandungi 10000000000(sepuluh bilion) neuron atau saraf sel. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan, ia mampu membina lilin,memproses madu yang dikenali sebagai raja ubat, membawa masuk udara segar kedalam sarang serta banyak lagi. Manusia yang mempunyai sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah.



Manusia mempunyai dua jenis sistem ingatan.
1.INGATAN JANGKA PENDEK-maklumat yang diperolehi disimpan dalam jangka masa yang singkat iaitu antara 30 saat hgga 24 jam ianya mudah hilang seperti no telefon dll.
2. INGATAN JANGKA PANJANG-maklumat dapat disimpan dalam jangka masa yang lama.ianya tidak akan luput.ianya masih wujud dalam ingatan Cuma mengambil masa yang lama utk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan.
Bagi memiliki kekuatan fikiran yang tinggi kita perlu memiliki otak yang cerdas dan otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.


Rahsia 1.

PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL.
makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.


Rahsia 2

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS2 ISLAM
1.Madu-al-quran mengiktiraf madu sebagai “shifa” iaitu penyembut penyakit.
2.Kismis-mengandungi zat besi untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.
3.Susu Segar-mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.
4.Halia-sangat mujarab untuk gejala kelupaan.
5.Limau Oren-mengemaskan urat2 jantung dan menambah kekuatan fikiran.
6.Buah Delima-penerang hati.
7.buah badam-meningkatkan kecerdasan.
8.labu-menambahkan keupayaan fizikal dan akal.







Rahsia 3

PEMAKANAN PENYEBAB LUPA.
1.banyak makan epal yang sudah masam.
2. banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3.banyak makan bawang besar.
4.memakan kepala ikan.
5.makan sehingga terlalu kenyang
6.makan makanan disentuh oleh tikus@ haiwan yg kotor.
7.banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimaia termasuk bahan perasa dan bahan awet.

Sunday, August 9, 2009

Radix Satu Kajian

7 jenis herba yang terdapat dalam kopi radix
a.Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
b.Teja Lawang (Cinnamomum iners)
c.Mengkudu Hutan (Morinda eliptica)
d.Tebu Gajah ( Albizzia myriophylla)
e.Mata Pelanduk (Ardisia crispa)
f.Halban (Vitex pubescen)
g.Larak Hutan (Polyalthia hypoleuca)



KELEBIHAN RADIX

Apabila seseorang bekerja keras, otak akan mengeluarkan suatu bahan kimia yang menyebabkan rasa ngilu dan sakit pada bahagian otak. Bahan kimia yang menimbulkan rasa sakit tersebut dipanggil adenosine. Pengambilan kopi radix mengurangkan pengeluaran adenosine dan menghilangkan rasa sakit.
Di dalam kopi radix terdapat bahan yang disebut polifenon iaitu suatu bahan antioksidan yang boleh dijadikan sebagai colon cleanser (pencuci kolon) dan mencegah kanser payudara.
Mengurangkan pengeluaran asid hempedu di mana peningkatan asid hempedu akan meningkatkan zat karsinogenik yang menyebabkan berlakunya tumor.
Mengandungi kadar kalium yang tinggi yang dapat mencetuskan keadaan diuretic di mana ia akan mencegah pembentukan batu dalam ginjal. Sifat diuretic akan mengurangkan wap air dalam peparu yang digunakan untuk perawatan asma.
“Kajian penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia mendapati sebatian aktif iaitu eurycomanone yang terdapat di dalam tongkat ali menunjukkan aktiviti antimalaria yang tinggi terhadap strain Gombak A chloroquine-resistant dan strain D10 chloroquine-sensitif apabila dibandingkan dengan sebatian kimia lain yang terdapat di dalam tongkat ali” (Chan, 2004)
Radix dapat digunakan untuk menghilangkan ketumbuhan (tumor) di otak. Bahan yang dikenali sebagai quassinoid merupakan bahan antitumor yang terdapat di dalam pokok tongkat ali. Hal ini telah diperkuatkan oleh kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.
Mengandungi bahan yang bertindak sebagai antimikrob yang terdapat di dalam pokok halban. Suatu kajian saintifik telah dijalankan di mana hasil pengekstrakan daunnya menggunakan metanol diikuti dengan teknik kromatografi mendapati pokok halban ini mengandungi catechin (I), genistien (II), fruktosa dan xylosa. Catechin dan genistien bersifat antimikrob terhadap bakteria Bacillus cereus (gram positif) dan Pseudomonas aeruginosa (gram negatif).
Didalam tongkat ali terdapat pokok tongkat ali yang boleh digunakan sebagai afrodisiak dan tonik bagi kaum lelaki yang boleh meningkatkan penghasilan sperma (Sareena.et.al, 1993) dan kesuburan lelaki. Satu kajian di Universiti Malaya di mana anak tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan peningkatan hormon sebanyak 48% hormon jantannya dan tikus betina melahirkan anak jantan lebih dari anak betina dengan nisbah 3:1

4 Perkara Yang Berharga

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:”Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.”

1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakna keburukan orang lain

Manusia Akan Menghadapi Empat Penarikan

1. malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2. para ahli waris akan menarik hartanya
3. ulat akan menarik tubuhnya
4. orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaanya di hari khiamat iaitu amalnya

Dari Ali r.a yang bermaksud
"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam

1. Memberi maaf pada waktu marah
2. Suka memberi pada waktu susah
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Masom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati


artikel ini dipetik dari sebuah masjid di kelantan...
sama2 ambil kita ambil iktibar dan peringatan kepada diri semoga sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t

Monday, May 11, 2009

panduan seorang pemimpin

Kita semua adalah seorang pemimpin,samaada pemimpin pada masyarakat, keluarga ataupun kepada diri sendiri.setiap pemimpin perlu mempunyai sifat2 kepimpinan untuk menjamin kecemerlangan dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya. Panduan ini di petik daripada pidato khalifah Abu Bakar ra diantaranya:

1. Sifat rendah hati.

Pada hakikatnya kedudukan pemimpin itu tidak berbeza dengan kedudukan
rakyatnya @ orang yg dipimpinnya. Ia bukan orang yang harus diistimewakan.
Ia hanya sekadar orang yang harus didahulukan selangkah dari yang lainnya
kerana ia mendapat kepercayaan dalam memimpin dan memegang amanat.
Ia seolah pelanggan kepada siapa yg dipimpin olehnya yang diatas
bahunya terletak tanggungjawab besar yang mesti dipertanggungjawabkan.
Dan seperti seorang “partner” dalam batas-batas yang tertentu bukan
seperti “tuan dengan hambanya”. Kerendahan hati biasanya
mencerminkan persahabatan dan kekeluargaan, sebaliknya keegoan
mencerminkan sifat takabbur dan ingin menang sendiri.

2. Sifat terbuka untuk dikritik.

Seorang pemimpin haruslah terbuka untuk menerima kritikan-kritikan
sihat yang membangun dan konstruktif. Tidak seharusnya menganggap
kritikan itu sebagai hinaan orang yang mengkritik sebagai lawan yang
akan menjatuhkannya lantas dengan kekuasaannya menzalimi orang tersebut.
Tetapi harus diperlakukan kebersamaan dalam rangka meluruskan dari
kemungkinan buruk yang selama ini terjadi untuk membangun kepada
kebaikan dan kemajuan. Disinilah perlunya social-support dan social-control.
Prinsip-prinsip dukungan dan mengawal masyarakat ini bersumber dari
norma-norma islam yang diterima secara kukuh dari ajaran Nabi Muhammad Saw.

3. Sifat jujur dan memegang amanah.

Kejujuran yang dimiliki seorang pemimpin merupakan simpati rakyat
terhadapnya yang dapat membuahkan kepercayaan dari seluruh amanat yang
telah diamanahkan. Pemimpin yang konsisten dengan amanat rakyat menjadi
kunci dari sebuah kemajuan dan perbaikan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz
pernah didatangi puteranya ketika dia berada dikamarnya kemudian
bercerita tentang keluarga dan masalah yang terjadi dirumah. Seketika
itu Umar mematikan lampu ruangan dan si anak bertanya dari sebab
apa sang ayah mematikan lampu sehingga hanya berbicara dalam ruangan
yang gelap, dengan sederhana sang ayah menjawab bahawa lampu yang
kita gunakan ini adalah amanah dari rakyat yang hanya dipergunakan
untuk kepentingan pemerintahan bukan urusan keluarga.

4. Sifat berlaku adil.

Keadilan adalah konteks sebenar yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin
dengan tujuan demi kemakmuran orang yang dipimpinnya. Keadilan bagi
manusia tidak ada yang relatif. Islam meletakkan soal menegakkan keadilan
itu sebagai sikap yang seharusnya.Seorang pemimpin harus mampu menimbang
dan memperlakukan sesuatu dengan seadil-adilnya bukan sebaliknya berpihak
pada seorang saja-berat sebelah. Dan orang yang “lemah” harus dibela
hak-haknya dan dilindungi sementara orang yang “kuat” dan bertindak zalim
harus dicegah dari bertindak sewenang-wenangnya.

5. Komitmen dalam perjuangan.

Sifat pantang menyerah dan istiqamah dalam perjuangan bagi seorang
pemimpin adalah penting. Teguh dan terus Istiqamah dalam menegakkan
kebenaran dan keadilan. Pantang tergoda oleh rayuan dan semangat
menjadi orang yang pertama di depan musuh-musuh yang hendak
menghancurkan gerakan yang telah di sepakati bersama.

6. Bersikap demokratis.

Demokrasi merupakan “alat” untuk membentuk masyarakat yang madani,
dengan prinsip-prinsip segala sesuatunya dari rakyat untuk rakyat
dan oleh rakyat.Dalam term ini pemimpin tidak seenang-wenangnya
memutuskan sebelum adanya musyawarah yang mufakat. Sebab dengan
keterlibatan rakyat terhadap pemimpinnya dari sebuah kesepakatan
bersama akan memberikan kepuasan, sehingga apapun yang akan terjadi
baik buruknya akan ditanggung bersama-sama. Ibaratnya seorang imam
dalam solat yang telah batal maka tidak diwajibkan baginya untuk
meneruskan solat tersebut, tetapi ia harus keluar dari solat
sehingga salah seorang makmum yang berada dibelakang imam yang
harus menggantikannya.

7. Berbakti dan mengabdikan kepada Allah serta tuhan

Dalam hidup ini segala sesuatu takkan terlepas dari pandangan Allah,
manusia mampu berusaha semampunya dan sehebat-hebatnya namun yang
menentukannya adalah Allah. Hubungan seorang pemimpin dengan Tuhannya
wajib dititikberatkan pentingnya iaitu dengan berbakti dan mengabdi
kepada Allah. Semua ini dalam rangka memohon pertolongan dan redha
Allah semata-mata. Dengan sentiasa berbakti kepada-Nya terutama dalam
menegakkan solat lima waktu contohnya, seorang pemimpin akan mendapat
hidayah untuk menghindari perbuatan-perbuatan yang keji dan tercela.
Selanjutnya ia akan mampu mengawasi dirinya dari perbuatan-perbuatan
hina tersebut, kerana dengan solat yang baik dan benar
menurut tuntunan ajaran Islam dapat mencegah manusia dari perbuatan
keji dan mungkar (lihat Q.S.Al Ankabuut :45 ). Sifat yang harus terus
ia aktualisasikan adalah redha menerima apa yang dicapainya. Syukur bila
meraih suatu keberhasilan dan memacunya kembali untuk lebih maju lagi
dan sabar serta tawakkal dalam menghadapi setiap tantangan dan rintangan,
sabar dan tawakkal ketika menghadapi kegagalan.

Thursday, March 26, 2009

Solat Subuh


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap
hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap
umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Solat subuh merupakan solat yang pertama dilakukan oleh umat
islam setiap hari.
Sabda Rasulullah s.a.w.:"pokok segala perkara adalah itu adalah
islam dan tonggak islam itu adalah solat,dan puncak islam itu adalah
jihad dijalan Allah"(HR Ahmad dan at-Tirmidzi)

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.
iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan alam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang MUNAFIK adalah
solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang
terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya
sekalipun dengan merangkak!" (HR Ahmad dan An-Nasai’)

Banyak fadhilat solat subuh yang diceritakann oleh nabi Muhammad s.a.w,
antaranya ialah:,

Dari Jarir r.a,katanya: "kami bersama-sama dengan nabi s.a.w.dan
beliau melihat pada bulan-yakni bulan ke 14-
Maka baginda bersabda,"sesungguhnya kamu semua akan melihat tuhanmu,
sebagaimana kamu melihat bulan ini.Kamu tidak akan berdesak-desak
melihat-Nya,jika kamu sanggup tidak pernah kalah pada mengerjakan
solat Subuh sebelum matahari terbit,dan solat Asar sebelum matahari
terbenam.Maka hendaklah kamu laksanakannya.
kemudian baginda membaca ayat:"dan tasbihlah kamu memuji tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam."(Al-Qaaf,50:39)
(HR al-Bukhari)

Firman Allah s.w.t:"dan dirikanlah solat dari sesudah tergelincirnya
matahari sampai gelap malam,dan(dirikanlah pula)solat Subuh.sesungguhnya
solat Subuh itu disaksikan(oleh malaikat)."(Al-Isra':78)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah SAW," dua rakaat solat
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
(HR at-Tirmidzi)

Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Telah berkata pendeta yahudi:"tidak akan aku gentar pada umat
islam selagimana jumlah muslim yang datang menunaikan solat subuh
berjamaah tidak menyamai jumlah muslim yang menunaikan solat jumaat"

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Wednesday, March 25, 2009

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


Nama beliau adalah Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin
Muhammad bin Abdul Aali Baz. (sebagaimana yang diimlakkan oleh beliau
sendiri.Lihat Imamul ‘Ashar hal. 9-14, oleh Dr. Nasir bin Musfir az-Zahrani).Beliau lahir pada bulan zulhijjah 1330 H bersamaan bulan
november 1912 Masihi.

Beliau merupakan Qadhi di daerah al-Kharaj semenjak tahun 1357-1371H, mengajar di Ma’had al ‘Ilmi di Riyadh pada tahun 1372 H dan fakulti Syari’ah di Riyadh setelah dibentuknya fakulti tersebut pada tahun 1373 H (dalam mata
pelajaran ilmu fiqh, tauhid dan hadits, sehingga tahun 1380 H).

Pada tahun 1381 H beliau dilantik sebagai wakil Reaktor
Universiti Islam Madinah hingga tahun 1390 H, diangkat menjadi
Reaktor Universiti tersebut pada tahun 1390 H setelah wafatnya
as-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalu as-Syaikh rahimahullah pada
bulan Ramadhan 1389 H, kemudian beliau memegang jabatan tersebut
sehingga tahun 1395 H, dan terakhir pada tanggal 14/10/1395 H
keluar Surat Keputusan Kerajaan untuk mengangkatnya sebagai
pimpinan umum untuk bahagian Pembahasan Ilmiyah, Fatwa Dakwah
dan Irsyad (kemudian tersebut berubah menjadi Mufti Umum Kerajaan
setelah dibentuknya Kementerian Urusan Islam, Waqaf,Dakwah dan
Irsyad pada tahun 1414 H).

Asy-Syaikh Bin Baz merupakan seorang yang bersikap dermawan
contohnya Disebutkan dalam “Imamul ‘Ashar ibnu Baz wa al-Albani”
hal. 13,bahawa pernah seorang mujahid diutus menemui beliau (untuk
meminta sumbangan),namun yang ada adalah sebuah benda yang sangat
penting miliknya, maka beliau pun menjual barang tersebut dan
memberikan hasil jualannya kepada mujahid itu untuk dimanfaatkan
di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.

Berkata salah seorang sahabat karib as-Syaikh bin Baz
yang bernama Sa’ad bin Abdul Muhsin (orang ini lebih tua sepuluh
tahun dari as-Syaikh bin Baz), “Dahulu ketika masa mudanya, beliau
(Bin Baz) belajar dengan as-Syaikh al-‘Allaamah Muhammad bin
Ibrahim rahimahullah. Apabila pulang dari belajar dan dalam
perjalanan bertemu dengan seseorang penuntut ilmu atau orang
yang merantau atau tetamu ataupun jiran tetangga, maka beliau
berusaha sekuatnya untuk mengajak orang tersebut masuk ke
rumahnya untuk makan bersamanya, padahal beliau adalah seorang
yang miskin dan kurang persediaan makanan, hal ini terus-menerus
berlanjutan selama hidupnya, bahkan beliau merasa sedih apabila
tidak ada seorang tetamu pun yang menyertainya makan”.

Seorang miskin dengan pakaian ala kadarnya yang berasal
dari Afrika datang menanyakan beliau pada musim haji yang terakhir
(musim haji sebelum beliau meninggal dunia). Orang tersebut bertanya,
“Mana as-Syaikh Bin Baz?”, maka dikatakan kepada orang tersebut,
bahawa beliau tidak sanggup pergi haji.Orang negro itu balik ditanya,
“apa yang anda mahu?”, orang itu menjawab, “saya tidak menginginkan
apa pun dari anda, saya adalah seorang miskin sedangkan as-Syaikh
adalah bapa bagi orang-orang miskin”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir
Zahrani hal. 190)

Karangan-karangan beliau, sebagian kecilnya antara lain:

1.. Al-Fawaid al-Jalilah fi al-Mabahits al-Fardhiyah
2.. At-Tahdzir minal Bida’
3.. Al-‘Aqidah ash-Shahihah wamaa Yudhaadhuha
4.. Al-Jihad fi Sabilillah
5.. Ad-Da’watu Ilallah wa Akhlaaqu ad-Du’at
6.. Al-Jawabul Mufid fi Hukmi at-Tashwiir
7.. Wujuubu Tahkiimi Syar’illahi wa Nabdzu maa Khaalafahu

Beliau wafat pada subuh hari Khamis 27 Muharram 1420 H di kota
Thaaif, disolatkan pada hari Jumaat (28 Muharram 1420 H) di MasjidilHaram,
dan dimakamkan di pemakaman al-‘Adl Makkah Mukarramah. Semoga Allah
merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkannya ke dalam
surga. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir az-Zahrani)(November 1912 – 13/05/1999)

Thursday, March 19, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari Lahir merupakan salah satu hari yg amat menggembirakan seseorang,tetapi kadang-kadang ia merupakan satu hari yg mendukacitakan.pada masa kini sambutan hari lahir diadakan bg tiap2 tahun untuk menyambut usia yg semakin meningkat,tetapi kebanyakan nya tidak sedar bahawa semakin meningkat usia semakin dekat kita dengan hari kematian.tetapi hakikatnya hari lahir merupakan hari yg menggembirakan kedua ibubapa kita yang mana telah bersusah payah dalam membentuk dan mendidik anaknya saban tahun.oleh itu hari lahir kita bukanlah untuk meraikan dirisendiri tetapi kita patut meraikan ibu terutamanya serta bapa kita.Sempena hari lahir,kita semestinya berterima kasih kepada ibu yang telah banyak berkorban sejak sebelum kita lahir ke alam dunia yang sementara sehingga dewasa.Justeru hadiahkanlan ciuman dan kasihsayang yang tak terhingga kepada ibu kita sempena hari lahir kita.

Sabda Nabi s.a.w.

"Dari Abdullah r.a.katanya:saya bertanya kepada Nabi s.a.w."apakah amalan yang lebih dikasihi ALLAH?"jawab beliau:"sembahyang dalam waktunya ."tanya Abdullah:"kemudian itu apa?"berbuat baik(berbakti) kepada ibubapa."kemudian itu apa?"Jawab Beliau:"berjuang dijalan ALLAH." -(shahih Bukhari)

menurut hadis diatas terbukti bahawa berbakti kepada ibubapa adalah perkara yang dituntut sebagai seorang muslim.


SELAMAT HARI LAHIR
Selamat selamat selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
Juga yang ingat mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Gunakan untuk berbakti dan menyembah ALLAH
Bila dapat nikmat malulah
Dengan-NYA
Bila dapat ujian redhalah
Dengan-NYA
Bersiaplah untuk pulang pada-NYA
Hidup didunia sebenarnya tipu daya
Wahai ayah dan bonda yang tercinta
Didoakan semoga panjang umur
Murah rezeki sihat badan
Sempena hari lahir
Semoga ilmu dan iman bertambah
-Mawaddah-

Monday, March 2, 2009

Madu Khaula

Rasulullah saw bersabda:
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”
(Riwayat Ibnu Majah)


"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)



harga:RM 60.00

Madu khaula:

-berkhasiat serta mengandungi pelbagai vitamin,mineral dan zat yang tinggi
-Anti allergic, anti anemia, anti fungus, anti ulser, anti septic
-Tidak dicampuri gula atau sirap
-Dibotol terus menerus dari pergunungan Iran

Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:

*Memanaskan badan
*Melancarkan perjalanan darah
*Mengimbangkan diet badan
*Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
*Melawaskan usus besar dan kecil


untuk tempahan boleh menghubungi:

Izzul-0139702717
Hafiza-0199507472

CERMIN IKHLAS

Ikhlas merupakan Syarat diterimanya amal dan ibadah kita oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Selain itu,Ikhlas juga ada syarat yang kedua iaitu "Ittiba'" dimana amal dan ibadah yang kita lakukan harus sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahahabatnya. Bukan ibadah yang ditambah-tambah ataupun diubah sesuai dengan hawa nafsu dan akal.

IKHLAS dalam keta'atan bererti meninggalkan RIYA' (Ingin dipuji) dan SUM'AH (ujub/mencari populariti/kagum pada diri sendiri). Untuk itu marilah kita membulatkan niat beramal dan beribadah HANYA untuk mengharap keredhaan Allah Ta'ala Rabb Yang Maha Tinggi sahaja , dan tidak bercampur baur dengan kesyirikan.


"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)"
(surah AZ Zumar: 2)

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."
(Al-Bayyinah: 5)


Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa berbuat suatu amal supaya amalnya didengar orang lain (sum'ah, mencari populariti), maka Allah s.w.t mempamerkan amalnya tersebut pada makhluk-Nya, kemudian Dia menghinakannya".
(HR Ahmad dan at-Thabrani)


Untuk Memiliki Sifat IKHLAS ini memerlukan perjuangan.
Yang dapat membantu menuju keikhlasan adalah:
1. Berdo'a dan memohon perlindungan kepada Allah 'Azza wa Jalla
2. Ilmu, dengan terus belajar menuntut Ilmu Agama terutama tentang melatih diri agar selalu ikhlas melalui membaca buku atau menghadiri majlis ilmu
3. Mujahadah (Kesungguhan)
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (surah Al-Ankabut: 69)

4. Berteman dengan para Mukhlishin.
5. Membaca Riwayat hidup Para Salafus Sholih dan Orang-orang sesudah mereka dari Para Shalihin.

Beberapa sikap yang boleh dilatih untuk membentuk diri agar IKHLAS dalam beramal dan beribadah, antara lain:
1. Takut mendapatkan populariti
2. menganggap diri sendiri dengan serba kekurangan
3. Banyak berdiam, bicara jka diperlukan
4. Tidak mencari pujian atau gila dengan pujian
5. Tidak bakhil memuji orang yang berhak mendapatkan pujian dan sanjungan dengan berbagai kriterianya
6. Meluruskan niat dalam beramal karena Allah ta'ala - baik sebagai pimpinan mahupun sebagai yang dipimpin
7. Mengharapkan Redha Allah Ta'ala bukan Redha manusia
8. Menjadikan redha dan kemurkaannya karana Allah bukan karana nafsunya
9. Bersabar menempuhi jalan panjang yang sangat berat ketika pertolongan-Nya belum kunjung tiba
10. Bergembira dengan keberhasilan lawannya atau minimal tidak marah karena hal itu
11. Senantiasa berusaha membersihkan batinnya dari rasa 'ujub
12. Merahasiakan ketaatannya kecuali untuk kemaslahatan yang sangat jelas

Demikian adalah perkara2 yg perlu dalam perjuangan melatih diri untuk sentiasa hidup dan beibadah kepada Allah ta'ala dengan IKHLAS, Semoga nikmat hidayah dan kebersihan niat kita dalam beribadah hanya untuk Allah semata-mata, semoga mendapat pertolongan dan bimbingan dari Allah.

Sunday, March 1, 2009

Tempahan Kek

Untuk tempahan kek boleh hubungi saudari HAFIZA, C5GF07 014-5072562
* insyaallah paling lambat akan dpt dlm masa 3-4 hari. Boleh juga buat tempahan awal.. Cth 2,3 mgu lebih awal.

Jenis2 kek yang dijual.
1)Oreo Cheese Kek ~ RM 20.00 ~size: 16 x 10cm


Pandangan atas


Oreo Cheese Cake (lapisan bawah oreo)

2.Blueberry Oreo Cheese Cake ~ RM 21.00 ~size: 16 x 10cm (NEW)


Blueberry Oreo - 3 lapisan (blueberry, oreo di tengah, oreo di lapisan bawah)

3.Blueberry Cheese Cake ~ RM 17.00 ~size: 16 x 10cm


Blueberry Cheese Cake


Pandangan Atas Blueberry Cheese Cake

4.Kek coklat ~RM 14.00 sebiji

Sunday, February 22, 2009

100 Tokoh Terpengaruh di Dunia

Terdapat ramai tokoh-tokoh yang terkemuka didunia yang mana kebanyakan daripadanya dikenali dan ada juga tidak dikenali oleh kita.Buku karangan Michael H. Hart yang berjudul "100 Tokoh Terpengaruh Didunia" merupakan salah satu buku yang dicari-cari oleh peminat sejarah dunia.Dalam kajiannya terhadap tokoh-tokoh dunia,beliau mengklasifikasikan Tokoh-tokoh yang paling terpengaruh dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat dunia hari ini,dan kesahihan sesebuah sejarah itu dibuktikan dengan beberapa karangan pengkaji sejarah zaman lampau.Dalam buku tersebut beliau meletakkan susunan yang tidak dapat diragui kehebatan seseorang tokoh tersebut..dalam kajiannya beliau mendapati Nabi Muhammmad s.a.w.merupakan tokoh yg paling terpengaruh didunia.dibawah saya listkan beberapa tokoh dan akan disenaraikan kesemua 100 tokoh itu secara berkala.


1. NABI MUHAMMAD (570 M - 632 M)
Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin jadi tanda tanya sebagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih kejayaan-kejayaan luar biasa baik ditilik dari ukuran agama mahupun ruang lingkup duniawi. Berasal-usul dari keluarga sederhana, Muhammad s.a.w menegakkan dan menyebarkan salah satu dari agama terbesar di dunia, Agama Islam. Dan pada saat yang bersamaan tampil sebagai seorang pemimpin hebat, tulen, dan efektif. Kini empat belas abad sesudah wafatnya, pengaruhnya masih tetap kuat dan mendalam serta berakar.
________________________________________
2. ISAAC NEWTON (1642-1727)

Isaac Newton, ilmuwan paling besar dan paling berpengaruh yang pernah hidup di dunia, lahir di Woolsthrope, England, tepat pada hari Natal tahun 1642, bertepatan tahun kematian Galileo. Seperti halnya Nabi Muhammad, dia lahir sesudah ayahnya meninggal. Di masa kecil dia sudah menunjukkan kecekapan yang nyata di bidang mekanikal dan teramat cekap menggunakan tangannya. Meskipun dilahirkan dengan otak pintar, di sekolah begitu beliau tadak begitu menonjol. Tatkala menginjak akil baligh, ibunya mengeluarkannya dari sekolah dengan harapan anaknya akan menjadi petani yang baik. Untungnya si ibu apabila diketahui, bahawa bakat utamanya tidak terletak di situ. Pada umurnya lapan belas tahun dia meneruskan pengajian di Universiti Cambridge. Di sinilah Newton sepantas kilat menyerap apa yang kemudian terkenal dengan ilmu pengetahuan dan matematik dan dengan cepat pula mula melakukan penyelidikan sendiri. Dalam lingkungan usia dua puluh satu dan dua puluh tujuh tahun dia sudah meletakkan dasar-dasar teori ilmu pengetahuan yang pada gilirannya kemudian mengubah dunia.
________________________________________
3. NABI ISA (6 SM - 30 M)
Pengaruh Nabi Isa terhadap sejarah kemanusiaan begitu jelas dan begitu besar. Rasanya tak banyak orang yang mempersoalkan mengapa Nabi Isa berada di tempat hampir teratas dalam senarai pemimpin dunia. Malahan, mungkin banyak orang bertanya-tanya kenapa Isa a.s. tidak berada di tempat teratas. Akan halnya kekristianan, tidak menjadi masalah. Dalam perjalanan waktu tak syak lagi agama ini sudah peroleh pemeluk lebih besar dari agama lain . Perlu ditegaskan bukanlah perihal pengaruh dari pelbagai agama yang menjadi titik perhitungan , melainkan perkara yang menyangkut pengaruh perseorangan. Tidaklah seperti Agama Islam, Agama Nasrani didirikan bukan oleh seorang melainkan dua -- Isa a.s dan St. Paul -- kerana itu pengakuan jasa-jasa atas perkembangan agama itu harus dibahagikan bersama antara kedua tokoh itu.
________________________________________
4. BUDDHA (563 SM - 483 SM)

Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha pengasas Agama Buddha, salah satu dari agama terbesar di dunia. Putera raja Kapilavastu, timur laut India berhampiran dengan Nepal. Siddhartha sendiri (marga Gautama dari suku Sakya) kononnya lahir di Lumbini yang kini termasuk wilayah negara Nepal.Beliau berkahwin pada umur enam belas tahun dengan sepupu yang sebaya dengannya. Dibesarkan di dalam istana mewah, pangeran Siddhartha tidak selesa dengan hidup serba mewah, dan dirundung rasa tidak puas yang amat. Dari jendela istana yang gemerlapan dia menjenguk ke luar dan dilihat olehnya orang-orang miskin berada di jalan-jalan, makan pagi petang tidak, atau tidak mampu makan sama sekali.Sedangkan yang berharta pun rasa tak puas, waswas gelisah, kecewa dan murung kerana dihantui serba penyakit yang setiap waktu mengheretnya ke liang lahad. Siddhartha berfikir, keadaan ini mesti diubah. Mesti terwujud makna hidup dalam erti kata yang sesungguhnya, dan bukan sekadar kesenangan yang bersifat sementara yang sentiasa dibayangi dengan penderitaan dan kematian.
________________________________________
5. KONG HU-CU (551 SM - 479 SM)


Kong Hu-Cu ialah seorang ahli falsafah besar China,mengasaskan ajaran Confucianisme. dialah orang pertama pengembangkan sistem menyatukan alam fikiran dan kepercayaan orang Cina yang paling mendasar. Falsafahnya mengaitkan moraliti orang perseorangan dan konsepsi suatu pemerintahan tentang cara-cara melayani rakyat dan memerintah meliputi tingkah laku dan teladan.Ada dua nilai yang teramat penting, kata Kong Hu-Cu, iaitu "Yen" dan "Li:" "Yen" sering diterjemahkan dengan kata "Cinta," tapi sebetulnya lebih kena diertikan "keakraban dalam hubungan dengan seseorang." "Li" dilukiskan sebagai gabungan antara tingkah laku, ibadah, adat kebiasaan dan sopan santun.Ajaran ini menitiberatkan kesetiaan kepada sanak keluarga dan penghormatan terhadap orang tua.
________________________________________
6. ST. PAUL (4 M - 64 M)


"Rasul" Paul, sezaman tapi lebih muda sedikit dari Nabi Isa, tak syak lagi penyebar Agama Nasrani yang paling terkemuka. Pengaruhnya dalam teologi Kristian jelas menunjukkan yang paling mantap, paling berjangkau jauh dibanding semua penulis dan pemikir Kristian yang lainnya. Paul, juga terkenal dengan panggilan Saul, dilahirkan di Tarsus, sebuah kota di Cilicia (kini Turki), beberapa tahun sebelum tiba era Kristian. Biarpun seorang warga Romawi, dia lahir sebagai Yahudi, mendalami bahasa Ibrani di masa muda dan memperoleh pendidikan mendalam perihal ke-Yahudian, dia juga belajar perdagangan . Semasa remajanya dia berangkat ke Darussalam bekerja di bawah bimbingan pendeta Gamaliel, seorang guru Yahudi kenamaan. Walaupun Paul dan Isa berada di Darussalam saat itu, tapi amat diragukan keduanya pernah bertemu muka.


7. TSAI LUN (± 105)

Ts'ai Lun besar kemungkinan sebuah nama yang asing kedengaran di cuping telinga pembaca yang menemui bahan membuat kertas. Menimbang betapa penting penemuannya, amatlah menghairankan orang-orang Barat meremehkannya begitu saja. Tidak banyak ensiklopedia besar menyebut tentang dirinya. Ini sungguh keterlaluan. Ditilik dari sudut pentingnya kegunaan kertas amat kesal Ts'ai Lun disebut-sebut akan menimbulkan sangkaan jangan-jangan Ts'ai Lun sebuah bentuk yang tak menentu dan tidak dipercayai ada atau tidaknya. Tetapi, penyelidikan membuktikan dengan mutlak jelas bahwa Ts'ai Lun itu benar-benar ada dan bukan sejenis jin dalam dongeng.


8. JOHANN GUTENBERG (1400-1468)

Lazimnya Johann Gutenberg dianggap pencipta mesin cetak. Apa yang sebetulnya dia lakukan adalah mengembangkan cara pertama penggunaan huruf cetak yang bergerak dan mesin cetak dalam bentuk sebegitu rupa sehingga pelbagai macam bahan tulisan dapat dicetak dengan cepat dan tepat.


9. CHRISTOPHER COLUMBUS (1451-1506)

Colombus, dalam usaha mencari jalan dari Eropah ke Timur, tanpa disengajakan menemui benua Amerika yang membuatnya lebih berpengaruh dalam sejarah dunia, di luar dugaannya sendiri. Penemuannya sekaligus merupakan mahkota eksplorasi dan kolonisasi Dunia Baru dan sekaligus pula merupakan tonggak penting dalam sejarah. Colombus bagaikan membuka pintu bagi bangsa Eropah dua benua untuk pemukiman baru, menyebar penduduk dan menyediakan sumber kekayaan mineral dan isi bumi yang pada hakikatnya mengubah wajah Eropah. Sejajar dengan itu, penemuannya juga mengakibatkan hancurnya kebudayaan bangsa Indian. Dalam jangka panjang, penemuan itu melahirkan satu bangsa baru di benua sebelah Barat, yang dengan amat cepatnya membezakan diri dengan bangsa Indian selaku penduduk asli. Hasilnya, Colombus membawa perubahan besar bagi bangsa-bangsa di Dunia Lama.


10. ALBERT EINSTEIN (1879-1955)

Albert Einstein, tak salah lagi, seorang ilmuwan terhebat abad ke-20. Cendekiawan tiada tandingannya sepanjang zaman. Termasuk kerana teori "relativiti"-nya. Sebenarnya teori ini merupakan dua teori yang berkaitan satu sama lain: teori khusus "relativiti" yang dirumuskannya tahun 1905 dan teori umum "relativiti" yang dirumuskannya tahun 1915, lebih terkenal dengan hukum daya berat Einstein. Kedua teori ini teramat rumit.kerana itu ,bukan tempatnya di sini menjelaskan bagaimana terhasilnya, namun huraian ala kadarnya tentang soal relativiti khusus ada perbahasan sedikit "semuanya adalah relatif." Teori Einstein bukanlah sekadar ungkapan semata-mata. Yang dimaksudkannya adalah suatu pendapat matematik yang pasti tentang kaedah-kaedah ilmiah yang sebetulnya relatif@berkaitan.


11. KARL MARX (1818 - 1883)

Karl Marx, pelopor utama gagasan "sosialisme" dilahirkan tahun 1818 di kota Trier, Jerman, Ayahnya seorang hakim dan pada umur tujuh belas tahun Karl memasuki Universiti Bonn,juga belajar ilmu kehakiman.Kemudian dia pindah ke Universiti Berlin dan mendapat gelaran Doktor dalam ilmu falsafah dari Universiti Jena.Marx menceburkan diri ke dunia jurnalistik dan menjadi redaktor Rheinische Zeitung di Cologne buat seketika. Tetapi, pandangan politiknya yang radikal menyeretnya ke dalam kesulitan dan memaksanya berpindah ke Paris. Di situlah permulaannya dan bertemu dengan Friederich Engels. Tali persahabatan dan persamaan pandangan politik mengikat kedua-duanya.


12. LOUIS PASTEUR (1822-1895)

Beliau merupakan ahli kimia dan biologi Perancis, Louis Pasteur, umumnya dianggap orang yang biasa dalam sejarah ubat-ubatan. Pasteur memang menyumbangkan banyak idea bahawa kepentingan ilmu pengetahuan. Tetapi yang paling menonjol pada dirinya ialah pendapatnya tentang teori baksil penyakit dan pengembangan teknik pencegahan lewat penyuntikan.

bersambung........

Saturday, February 21, 2009

Wanita Penghuni Neraka

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya.

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia biasa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti khinzir dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Barangan HPA untuk ditempah

Assalamualaikum...

adakah anda boikot barang2 keluaran Yahudi atau barangan keluaran negara yang menyokong Israel LaknatulLAH?

adakah anda yakin dengan barangan harian yang anda gunakan tanpa rasa was2 halalnya?

kami ada jawapannya.....

Produk HPA merupakan salah satu pengeluar barangan Halal yang dijaga pengeluarannya bermula dari bahan2 asas yang digunakan sehinggalah terbentuknya produk itu sendiri.Elakkan dari menggunakan makanan atau produk kegunaan harian yang tidak dijamin kualitinya dan barangan keluaran Negara2 yang membantu israel...


"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya".(Al-Baqarah: 172).

antara produk yang kami sediakan untuk ditempah ialah...

1.Kopi Radix - Tongkat Ali



Kotak Kecil - Semenanjung : RM16
Kotak Jumbo - Semenanjung : RM32

2.Radix koko



Harga :RM 20.00

3.Radix Cola



Harga: RM 3.50

4.Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih



Harga :RM6


5.Kismis Minda



Harga:RM10

6.Kordial Roselle



Harga :RM15

7.Sabun Ekstrak Pegaga



Harga :RM6

8.Madu Asli



Harga :RM23

9.Minyak But-But



Harga :RM10

10.Teh Herba



Harga:RM20

Saturday, February 14, 2009

Buku-Buku untuk Ditempah

1.Fikh Al-harakah 1 & 2 -Haji Abdul Hadi Awang
1.RM 18.00
2.RM 18.00




2.Risalah Ta'alim-Muhammad Abdullah Al-Khatib
RM 29.00


3.Bahtera Penyelamat-Fathi Yakan
RM 17.00


4.Golongan Yang Tercicir-Fathi Yakan
RM 11.00


5.Umar bin Abdul Aziz-Abdullah bin Abdul Hakam
RM23.00


6.Kisah Cinta Dalam Al-Quran-T.G.Nik Abdul Aziz Nik Mat
RM23.00


7.Hidayah-T.G.Nik Abdul Aziz Nik Mat
RM25.00

Monday, February 9, 2009

ADAB-ADAB SEBAGAI SEORANG INSAN

Adab Berjiran


1. Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan
2. Mendahulukan memberi salam bila bertemu
3. Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya
4. Menziarahinya apabila ia sakit
5. Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian
6. Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam kesusahan
7. Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan
8. Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya
9. Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia
10. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut
11. Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan


Adab Bercakap
1. Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".
2. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
3. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
4. Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
5. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
6. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
7. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
8. Jangan bercakap secara berkumam mulut
9. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
10. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
11. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
12. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Adab Berjanji
1. Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.
2. Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar
3. Jika berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.Abdullah ibn Amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.
Rasulullah s.a.w yang kebetulan berada disitu terus bertanya,"apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?" jawab ibu amir,"sedikit tamar." Sabda Rasulullah saw "sekiranya kamu tidak memberikannya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu".


Adab Tetamu
• Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan
• Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan
• Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka
• Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan
• Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak
• Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah
• Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.
Adab Tuan Rumah
• Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya.
• Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.
• Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.
• Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke muka pintu.
• Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya.
• Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.
• Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.
• Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidanglah apa saja yang sedia ada.
• Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.


Adab Makan



 Membaca bismillah ketika mula hendak makan.
 Membersihkan kedua belah tangan.
 Makan dan minum menggunakan tangan kanan
 Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang angkuh.
 Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya.
 Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain.
 Jika makanan yang ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang.
 Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa loya atau jijik.
 Jika ada butiran makanan yang jatuh maka kutiplah ia semula. Makanan adalah nikmat Allah maka muliakanlah ia.
 Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah makanan yang masih melekat pada jari-jari anda.
 Jika anda terpaksa meninggalkan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut.
 Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah 'alhamdulillah' kepada Allah yang telah memurahkan rezekinya kepada kita.


Adab Di Masjid
o Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa, tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri sambil membaca doa.
o Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat tahiyyatul masjid.
o Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai untuk memasuki masjid seperti di muka pintu dan sebagainya.
o Jangan berkeliaran di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam istana Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan banyak solat sunat dan berzikir.
o Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk beribadat.
o Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.
o Pakailah pakaian yang bersesuaian dan sopan tatkala memasuki masjid.
o Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.
o Jangan menyimpan atau membawa sesuatau yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.
o Jika anda telah memakan bawang maka janganlah terus masuk ke masjid kerana ini akan mengganggu orang lain. Seeloknya cucilah dahulu mulut atau ambillah wuduk, demikian juga jika merokok.
o Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi masjid.
o Jangan mengambil atau membawa pulang barang-barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri, segala peralatan masjid telah diwakafkan iaitu untuk kegunaan awam.


Adab Membaca Al-Quran
• Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat al-Quran dengan tangan kanan
• Membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utama adalah di masjid.
• Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang.
• Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau
• Memlakan bacaan dengan membaca "aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam," kemudian disusuli dengan "bismillah" serta membaca ummul kitab (Fatihah)
• Membacanya dengan tartil. Bacaan yang perlahan-lahan dan tenang
• Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya
• Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang mengambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah Allah
• Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.
• Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa. Hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahi.
Adab Menziarahi Orang Sakit

 Sunat menziarahinya secara berselang hari
 Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya
 Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit
 Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit
 Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita
 Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya


Adab Menziarahi Kubur
• Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan
• Sunat mengambil wuduk
• Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya maka hukumnya haram. Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus
• Sunat membaca ayat-ayat al-quran seperti
al fatihah dan sebagainya serta diiringi dengan doa
• Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya
• Dilarang mengusap atau mencium batu nisan
• Di larang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid'aah yang mungkar
• Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari jumaat

Sunday, February 1, 2009

Keutamaan Niat

Perawi Hadith : Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”


Pengajaran Hadith:
1. Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

2. Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.

3. Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.

4. Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.

5. Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.

6. Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.