Thursday, March 26, 2009

Solat Subuh


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap
hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap
umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Solat subuh merupakan solat yang pertama dilakukan oleh umat
islam setiap hari.
Sabda Rasulullah s.a.w.:"pokok segala perkara adalah itu adalah
islam dan tonggak islam itu adalah solat,dan puncak islam itu adalah
jihad dijalan Allah"(HR Ahmad dan at-Tirmidzi)

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.
iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan alam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang MUNAFIK adalah
solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang
terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya
sekalipun dengan merangkak!" (HR Ahmad dan An-Nasai’)

Banyak fadhilat solat subuh yang diceritakann oleh nabi Muhammad s.a.w,
antaranya ialah:,

Dari Jarir r.a,katanya: "kami bersama-sama dengan nabi s.a.w.dan
beliau melihat pada bulan-yakni bulan ke 14-
Maka baginda bersabda,"sesungguhnya kamu semua akan melihat tuhanmu,
sebagaimana kamu melihat bulan ini.Kamu tidak akan berdesak-desak
melihat-Nya,jika kamu sanggup tidak pernah kalah pada mengerjakan
solat Subuh sebelum matahari terbit,dan solat Asar sebelum matahari
terbenam.Maka hendaklah kamu laksanakannya.
kemudian baginda membaca ayat:"dan tasbihlah kamu memuji tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam."(Al-Qaaf,50:39)
(HR al-Bukhari)

Firman Allah s.w.t:"dan dirikanlah solat dari sesudah tergelincirnya
matahari sampai gelap malam,dan(dirikanlah pula)solat Subuh.sesungguhnya
solat Subuh itu disaksikan(oleh malaikat)."(Al-Isra':78)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah SAW," dua rakaat solat
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
(HR at-Tirmidzi)

Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Telah berkata pendeta yahudi:"tidak akan aku gentar pada umat
islam selagimana jumlah muslim yang datang menunaikan solat subuh
berjamaah tidak menyamai jumlah muslim yang menunaikan solat jumaat"

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Wednesday, March 25, 2009

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


Nama beliau adalah Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin
Muhammad bin Abdul Aali Baz. (sebagaimana yang diimlakkan oleh beliau
sendiri.Lihat Imamul ‘Ashar hal. 9-14, oleh Dr. Nasir bin Musfir az-Zahrani).Beliau lahir pada bulan zulhijjah 1330 H bersamaan bulan
november 1912 Masihi.

Beliau merupakan Qadhi di daerah al-Kharaj semenjak tahun 1357-1371H, mengajar di Ma’had al ‘Ilmi di Riyadh pada tahun 1372 H dan fakulti Syari’ah di Riyadh setelah dibentuknya fakulti tersebut pada tahun 1373 H (dalam mata
pelajaran ilmu fiqh, tauhid dan hadits, sehingga tahun 1380 H).

Pada tahun 1381 H beliau dilantik sebagai wakil Reaktor
Universiti Islam Madinah hingga tahun 1390 H, diangkat menjadi
Reaktor Universiti tersebut pada tahun 1390 H setelah wafatnya
as-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalu as-Syaikh rahimahullah pada
bulan Ramadhan 1389 H, kemudian beliau memegang jabatan tersebut
sehingga tahun 1395 H, dan terakhir pada tanggal 14/10/1395 H
keluar Surat Keputusan Kerajaan untuk mengangkatnya sebagai
pimpinan umum untuk bahagian Pembahasan Ilmiyah, Fatwa Dakwah
dan Irsyad (kemudian tersebut berubah menjadi Mufti Umum Kerajaan
setelah dibentuknya Kementerian Urusan Islam, Waqaf,Dakwah dan
Irsyad pada tahun 1414 H).

Asy-Syaikh Bin Baz merupakan seorang yang bersikap dermawan
contohnya Disebutkan dalam “Imamul ‘Ashar ibnu Baz wa al-Albani”
hal. 13,bahawa pernah seorang mujahid diutus menemui beliau (untuk
meminta sumbangan),namun yang ada adalah sebuah benda yang sangat
penting miliknya, maka beliau pun menjual barang tersebut dan
memberikan hasil jualannya kepada mujahid itu untuk dimanfaatkan
di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.

Berkata salah seorang sahabat karib as-Syaikh bin Baz
yang bernama Sa’ad bin Abdul Muhsin (orang ini lebih tua sepuluh
tahun dari as-Syaikh bin Baz), “Dahulu ketika masa mudanya, beliau
(Bin Baz) belajar dengan as-Syaikh al-‘Allaamah Muhammad bin
Ibrahim rahimahullah. Apabila pulang dari belajar dan dalam
perjalanan bertemu dengan seseorang penuntut ilmu atau orang
yang merantau atau tetamu ataupun jiran tetangga, maka beliau
berusaha sekuatnya untuk mengajak orang tersebut masuk ke
rumahnya untuk makan bersamanya, padahal beliau adalah seorang
yang miskin dan kurang persediaan makanan, hal ini terus-menerus
berlanjutan selama hidupnya, bahkan beliau merasa sedih apabila
tidak ada seorang tetamu pun yang menyertainya makan”.

Seorang miskin dengan pakaian ala kadarnya yang berasal
dari Afrika datang menanyakan beliau pada musim haji yang terakhir
(musim haji sebelum beliau meninggal dunia). Orang tersebut bertanya,
“Mana as-Syaikh Bin Baz?”, maka dikatakan kepada orang tersebut,
bahawa beliau tidak sanggup pergi haji.Orang negro itu balik ditanya,
“apa yang anda mahu?”, orang itu menjawab, “saya tidak menginginkan
apa pun dari anda, saya adalah seorang miskin sedangkan as-Syaikh
adalah bapa bagi orang-orang miskin”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir
Zahrani hal. 190)

Karangan-karangan beliau, sebagian kecilnya antara lain:

1.. Al-Fawaid al-Jalilah fi al-Mabahits al-Fardhiyah
2.. At-Tahdzir minal Bida’
3.. Al-‘Aqidah ash-Shahihah wamaa Yudhaadhuha
4.. Al-Jihad fi Sabilillah
5.. Ad-Da’watu Ilallah wa Akhlaaqu ad-Du’at
6.. Al-Jawabul Mufid fi Hukmi at-Tashwiir
7.. Wujuubu Tahkiimi Syar’illahi wa Nabdzu maa Khaalafahu

Beliau wafat pada subuh hari Khamis 27 Muharram 1420 H di kota
Thaaif, disolatkan pada hari Jumaat (28 Muharram 1420 H) di MasjidilHaram,
dan dimakamkan di pemakaman al-‘Adl Makkah Mukarramah. Semoga Allah
merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkannya ke dalam
surga. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir az-Zahrani)(November 1912 – 13/05/1999)

Thursday, March 19, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari Lahir merupakan salah satu hari yg amat menggembirakan seseorang,tetapi kadang-kadang ia merupakan satu hari yg mendukacitakan.pada masa kini sambutan hari lahir diadakan bg tiap2 tahun untuk menyambut usia yg semakin meningkat,tetapi kebanyakan nya tidak sedar bahawa semakin meningkat usia semakin dekat kita dengan hari kematian.tetapi hakikatnya hari lahir merupakan hari yg menggembirakan kedua ibubapa kita yang mana telah bersusah payah dalam membentuk dan mendidik anaknya saban tahun.oleh itu hari lahir kita bukanlah untuk meraikan dirisendiri tetapi kita patut meraikan ibu terutamanya serta bapa kita.Sempena hari lahir,kita semestinya berterima kasih kepada ibu yang telah banyak berkorban sejak sebelum kita lahir ke alam dunia yang sementara sehingga dewasa.Justeru hadiahkanlan ciuman dan kasihsayang yang tak terhingga kepada ibu kita sempena hari lahir kita.

Sabda Nabi s.a.w.

"Dari Abdullah r.a.katanya:saya bertanya kepada Nabi s.a.w."apakah amalan yang lebih dikasihi ALLAH?"jawab beliau:"sembahyang dalam waktunya ."tanya Abdullah:"kemudian itu apa?"berbuat baik(berbakti) kepada ibubapa."kemudian itu apa?"Jawab Beliau:"berjuang dijalan ALLAH." -(shahih Bukhari)

menurut hadis diatas terbukti bahawa berbakti kepada ibubapa adalah perkara yang dituntut sebagai seorang muslim.


SELAMAT HARI LAHIR
Selamat selamat selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
Juga yang ingat mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Gunakan untuk berbakti dan menyembah ALLAH
Bila dapat nikmat malulah
Dengan-NYA
Bila dapat ujian redhalah
Dengan-NYA
Bersiaplah untuk pulang pada-NYA
Hidup didunia sebenarnya tipu daya
Wahai ayah dan bonda yang tercinta
Didoakan semoga panjang umur
Murah rezeki sihat badan
Sempena hari lahir
Semoga ilmu dan iman bertambah
-Mawaddah-

Monday, March 2, 2009

Madu Khaula

Rasulullah saw bersabda:
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”
(Riwayat Ibnu Majah)


"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)



harga:RM 60.00

Madu khaula:

-berkhasiat serta mengandungi pelbagai vitamin,mineral dan zat yang tinggi
-Anti allergic, anti anemia, anti fungus, anti ulser, anti septic
-Tidak dicampuri gula atau sirap
-Dibotol terus menerus dari pergunungan Iran

Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:

*Memanaskan badan
*Melancarkan perjalanan darah
*Mengimbangkan diet badan
*Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
*Melawaskan usus besar dan kecil


untuk tempahan boleh menghubungi:

Izzul-0139702717
Hafiza-0199507472

CERMIN IKHLAS

Ikhlas merupakan Syarat diterimanya amal dan ibadah kita oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Selain itu,Ikhlas juga ada syarat yang kedua iaitu "Ittiba'" dimana amal dan ibadah yang kita lakukan harus sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahahabatnya. Bukan ibadah yang ditambah-tambah ataupun diubah sesuai dengan hawa nafsu dan akal.

IKHLAS dalam keta'atan bererti meninggalkan RIYA' (Ingin dipuji) dan SUM'AH (ujub/mencari populariti/kagum pada diri sendiri). Untuk itu marilah kita membulatkan niat beramal dan beribadah HANYA untuk mengharap keredhaan Allah Ta'ala Rabb Yang Maha Tinggi sahaja , dan tidak bercampur baur dengan kesyirikan.


"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)"
(surah AZ Zumar: 2)

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."
(Al-Bayyinah: 5)


Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa berbuat suatu amal supaya amalnya didengar orang lain (sum'ah, mencari populariti), maka Allah s.w.t mempamerkan amalnya tersebut pada makhluk-Nya, kemudian Dia menghinakannya".
(HR Ahmad dan at-Thabrani)


Untuk Memiliki Sifat IKHLAS ini memerlukan perjuangan.
Yang dapat membantu menuju keikhlasan adalah:
1. Berdo'a dan memohon perlindungan kepada Allah 'Azza wa Jalla
2. Ilmu, dengan terus belajar menuntut Ilmu Agama terutama tentang melatih diri agar selalu ikhlas melalui membaca buku atau menghadiri majlis ilmu
3. Mujahadah (Kesungguhan)
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (surah Al-Ankabut: 69)

4. Berteman dengan para Mukhlishin.
5. Membaca Riwayat hidup Para Salafus Sholih dan Orang-orang sesudah mereka dari Para Shalihin.

Beberapa sikap yang boleh dilatih untuk membentuk diri agar IKHLAS dalam beramal dan beribadah, antara lain:
1. Takut mendapatkan populariti
2. menganggap diri sendiri dengan serba kekurangan
3. Banyak berdiam, bicara jka diperlukan
4. Tidak mencari pujian atau gila dengan pujian
5. Tidak bakhil memuji orang yang berhak mendapatkan pujian dan sanjungan dengan berbagai kriterianya
6. Meluruskan niat dalam beramal karena Allah ta'ala - baik sebagai pimpinan mahupun sebagai yang dipimpin
7. Mengharapkan Redha Allah Ta'ala bukan Redha manusia
8. Menjadikan redha dan kemurkaannya karana Allah bukan karana nafsunya
9. Bersabar menempuhi jalan panjang yang sangat berat ketika pertolongan-Nya belum kunjung tiba
10. Bergembira dengan keberhasilan lawannya atau minimal tidak marah karena hal itu
11. Senantiasa berusaha membersihkan batinnya dari rasa 'ujub
12. Merahasiakan ketaatannya kecuali untuk kemaslahatan yang sangat jelas

Demikian adalah perkara2 yg perlu dalam perjuangan melatih diri untuk sentiasa hidup dan beibadah kepada Allah ta'ala dengan IKHLAS, Semoga nikmat hidayah dan kebersihan niat kita dalam beribadah hanya untuk Allah semata-mata, semoga mendapat pertolongan dan bimbingan dari Allah.

Sunday, March 1, 2009

Tempahan Kek

Untuk tempahan kek boleh hubungi saudari HAFIZA, C5GF07 014-5072562
* insyaallah paling lambat akan dpt dlm masa 3-4 hari. Boleh juga buat tempahan awal.. Cth 2,3 mgu lebih awal.

Jenis2 kek yang dijual.
1)Oreo Cheese Kek ~ RM 20.00 ~size: 16 x 10cm


Pandangan atas


Oreo Cheese Cake (lapisan bawah oreo)

2.Blueberry Oreo Cheese Cake ~ RM 21.00 ~size: 16 x 10cm (NEW)


Blueberry Oreo - 3 lapisan (blueberry, oreo di tengah, oreo di lapisan bawah)

3.Blueberry Cheese Cake ~ RM 17.00 ~size: 16 x 10cm


Blueberry Cheese Cake


Pandangan Atas Blueberry Cheese Cake

4.Kek coklat ~RM 14.00 sebiji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.