Kita semua adalah seorang pemimpin,samaada pemimpin pada masyarakat, keluarga ataupun kepada diri sendiri.setiap pemimpin perlu mempunyai sifat2 kepimpinan untuk menjamin kecemerlangan dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya. Panduan ini di petik daripada pidato khalifah Abu Bakar ra diantaranya:
1. Sifat rendah hati.
Pada hakikatnya kedudukan pemimpin itu tidak berbeza dengan kedudukan
rakyatnya @ orang yg dipimpinnya. Ia bukan orang yang harus diistimewakan.
Ia hanya sekadar orang yang harus didahulukan selangkah dari yang lainnya
kerana ia mendapat kepercayaan dalam memimpin dan memegang amanat.
Ia seolah pelanggan kepada siapa yg dipimpin olehnya yang diatas
bahunya terletak tanggungjawab besar yang mesti dipertanggungjawabkan.
Dan seperti seorang “partner” dalam batas-batas yang tertentu bukan
seperti “tuan dengan hambanya”. Kerendahan hati biasanya
mencerminkan persahabatan dan kekeluargaan, sebaliknya keegoan
mencerminkan sifat takabbur dan ingin menang sendiri.
2. Sifat terbuka untuk dikritik.
Seorang pemimpin haruslah terbuka untuk menerima kritikan-kritikan
sihat yang membangun dan konstruktif. Tidak seharusnya menganggap
kritikan itu sebagai hinaan orang yang mengkritik sebagai lawan yang
akan menjatuhkannya lantas dengan kekuasaannya menzalimi orang tersebut.
Tetapi harus diperlakukan kebersamaan dalam rangka meluruskan dari
kemungkinan buruk yang selama ini terjadi untuk membangun kepada
kebaikan dan kemajuan. Disinilah perlunya social-support dan social-control.
Prinsip-prinsip dukungan dan mengawal masyarakat ini bersumber dari
norma-norma islam yang diterima secara kukuh dari ajaran Nabi Muhammad Saw.
3. Sifat jujur dan memegang amanah.
Kejujuran yang dimiliki seorang pemimpin merupakan simpati rakyat
terhadapnya yang dapat membuahkan kepercayaan dari seluruh amanat yang
telah diamanahkan. Pemimpin yang konsisten dengan amanat rakyat menjadi
kunci dari sebuah kemajuan dan perbaikan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz
pernah didatangi puteranya ketika dia berada dikamarnya kemudian
bercerita tentang keluarga dan masalah yang terjadi dirumah. Seketika
itu Umar mematikan lampu ruangan dan si anak bertanya dari sebab
apa sang ayah mematikan lampu sehingga hanya berbicara dalam ruangan
yang gelap, dengan sederhana sang ayah menjawab bahawa lampu yang
kita gunakan ini adalah amanah dari rakyat yang hanya dipergunakan
untuk kepentingan pemerintahan bukan urusan keluarga.
4. Sifat berlaku adil.
Keadilan adalah konteks sebenar yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin
dengan tujuan demi kemakmuran orang yang dipimpinnya. Keadilan bagi
manusia tidak ada yang relatif. Islam meletakkan soal menegakkan keadilan
itu sebagai sikap yang seharusnya.Seorang pemimpin harus mampu menimbang
dan memperlakukan sesuatu dengan seadil-adilnya bukan sebaliknya berpihak
pada seorang saja-berat sebelah. Dan orang yang “lemah” harus dibela
hak-haknya dan dilindungi sementara orang yang “kuat” dan bertindak zalim
harus dicegah dari bertindak sewenang-wenangnya.
5. Komitmen dalam perjuangan.
Sifat pantang menyerah dan istiqamah dalam perjuangan bagi seorang
pemimpin adalah penting. Teguh dan terus Istiqamah dalam menegakkan
kebenaran dan keadilan. Pantang tergoda oleh rayuan dan semangat
menjadi orang yang pertama di depan musuh-musuh yang hendak
menghancurkan gerakan yang telah di sepakati bersama.
6. Bersikap demokratis.
Demokrasi merupakan “alat” untuk membentuk masyarakat yang madani,
dengan prinsip-prinsip segala sesuatunya dari rakyat untuk rakyat
dan oleh rakyat.Dalam term ini pemimpin tidak seenang-wenangnya
memutuskan sebelum adanya musyawarah yang mufakat. Sebab dengan
keterlibatan rakyat terhadap pemimpinnya dari sebuah kesepakatan
bersama akan memberikan kepuasan, sehingga apapun yang akan terjadi
baik buruknya akan ditanggung bersama-sama. Ibaratnya seorang imam
dalam solat yang telah batal maka tidak diwajibkan baginya untuk
meneruskan solat tersebut, tetapi ia harus keluar dari solat
sehingga salah seorang makmum yang berada dibelakang imam yang
harus menggantikannya.
7. Berbakti dan mengabdikan kepada Allah serta tuhan
Dalam hidup ini segala sesuatu takkan terlepas dari pandangan Allah,
manusia mampu berusaha semampunya dan sehebat-hebatnya namun yang
menentukannya adalah Allah. Hubungan seorang pemimpin dengan Tuhannya
wajib dititikberatkan pentingnya iaitu dengan berbakti dan mengabdi
kepada Allah. Semua ini dalam rangka memohon pertolongan dan redha
Allah semata-mata. Dengan sentiasa berbakti kepada-Nya terutama dalam
menegakkan solat lima waktu contohnya, seorang pemimpin akan mendapat
hidayah untuk menghindari perbuatan-perbuatan yang keji dan tercela.
Selanjutnya ia akan mampu mengawasi dirinya dari perbuatan-perbuatan
hina tersebut, kerana dengan solat yang baik dan benar
menurut tuntunan ajaran Islam dapat mencegah manusia dari perbuatan
keji dan mungkar (lihat Q.S.Al Ankabuut :45 ). Sifat yang harus terus
ia aktualisasikan adalah redha menerima apa yang dicapainya. Syukur bila
meraih suatu keberhasilan dan memacunya kembali untuk lebih maju lagi
dan sabar serta tawakkal dalam menghadapi setiap tantangan dan rintangan,
sabar dan tawakkal ketika menghadapi kegagalan.
Monday, May 11, 2009
Thursday, March 26, 2009
Solat Subuh

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap
hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap
umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Solat subuh merupakan solat yang pertama dilakukan oleh umat
islam setiap hari.
Sabda Rasulullah s.a.w.:"pokok segala perkara adalah itu adalah
islam dan tonggak islam itu adalah solat,dan puncak islam itu adalah
jihad dijalan Allah"(HR Ahmad dan at-Tirmidzi)
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.
iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan alam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang MUNAFIK adalah
solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang
terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya
sekalipun dengan merangkak!" (HR Ahmad dan An-Nasai’)
Banyak fadhilat solat subuh yang diceritakann oleh nabi Muhammad s.a.w,
antaranya ialah:,
Dari Jarir r.a,katanya: "kami bersama-sama dengan nabi s.a.w.dan
beliau melihat pada bulan-yakni bulan ke 14-
Maka baginda bersabda,"sesungguhnya kamu semua akan melihat tuhanmu,
sebagaimana kamu melihat bulan ini.Kamu tidak akan berdesak-desak
melihat-Nya,jika kamu sanggup tidak pernah kalah pada mengerjakan
solat Subuh sebelum matahari terbit,dan solat Asar sebelum matahari
terbenam.Maka hendaklah kamu laksanakannya.
kemudian baginda membaca ayat:"dan tasbihlah kamu memuji tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam."(Al-Qaaf,50:39)
(HR al-Bukhari)
Firman Allah s.w.t:"dan dirikanlah solat dari sesudah tergelincirnya
matahari sampai gelap malam,dan(dirikanlah pula)solat Subuh.sesungguhnya
solat Subuh itu disaksikan(oleh malaikat)."(Al-Isra':78)
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah SAW," dua rakaat solat
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
(HR at-Tirmidzi)
Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).
Telah berkata pendeta yahudi:"tidak akan aku gentar pada umat
islam selagimana jumlah muslim yang datang menunaikan solat subuh
berjamaah tidak menyamai jumlah muslim yang menunaikan solat jumaat"
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.
Wednesday, March 25, 2009
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Nama beliau adalah Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin
Muhammad bin Abdul Aali Baz. (sebagaimana yang diimlakkan oleh beliau
sendiri.Lihat Imamul ‘Ashar hal. 9-14, oleh Dr. Nasir bin Musfir az-Zahrani).Beliau lahir pada bulan zulhijjah 1330 H bersamaan bulan
november 1912 Masihi.
Beliau merupakan Qadhi di daerah al-Kharaj semenjak tahun 1357-1371H, mengajar di Ma’had al ‘Ilmi di Riyadh pada tahun 1372 H dan fakulti Syari’ah di Riyadh setelah dibentuknya fakulti tersebut pada tahun 1373 H (dalam mata
pelajaran ilmu fiqh, tauhid dan hadits, sehingga tahun 1380 H).
Pada tahun 1381 H beliau dilantik sebagai wakil Reaktor
Universiti Islam Madinah hingga tahun 1390 H, diangkat menjadi
Reaktor Universiti tersebut pada tahun 1390 H setelah wafatnya
as-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalu as-Syaikh rahimahullah pada
bulan Ramadhan 1389 H, kemudian beliau memegang jabatan tersebut
sehingga tahun 1395 H, dan terakhir pada tanggal 14/10/1395 H
keluar Surat Keputusan Kerajaan untuk mengangkatnya sebagai
pimpinan umum untuk bahagian Pembahasan Ilmiyah, Fatwa Dakwah
dan Irsyad (kemudian tersebut berubah menjadi Mufti Umum Kerajaan
setelah dibentuknya Kementerian Urusan Islam, Waqaf,Dakwah dan
Irsyad pada tahun 1414 H).
Asy-Syaikh Bin Baz merupakan seorang yang bersikap dermawan
contohnya Disebutkan dalam “Imamul ‘Ashar ibnu Baz wa al-Albani”
hal. 13,bahawa pernah seorang mujahid diutus menemui beliau (untuk
meminta sumbangan),namun yang ada adalah sebuah benda yang sangat
penting miliknya, maka beliau pun menjual barang tersebut dan
memberikan hasil jualannya kepada mujahid itu untuk dimanfaatkan
di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.
Berkata salah seorang sahabat karib as-Syaikh bin Baz
yang bernama Sa’ad bin Abdul Muhsin (orang ini lebih tua sepuluh
tahun dari as-Syaikh bin Baz), “Dahulu ketika masa mudanya, beliau
(Bin Baz) belajar dengan as-Syaikh al-‘Allaamah Muhammad bin
Ibrahim rahimahullah. Apabila pulang dari belajar dan dalam
perjalanan bertemu dengan seseorang penuntut ilmu atau orang
yang merantau atau tetamu ataupun jiran tetangga, maka beliau
berusaha sekuatnya untuk mengajak orang tersebut masuk ke
rumahnya untuk makan bersamanya, padahal beliau adalah seorang
yang miskin dan kurang persediaan makanan, hal ini terus-menerus
berlanjutan selama hidupnya, bahkan beliau merasa sedih apabila
tidak ada seorang tetamu pun yang menyertainya makan”.
Seorang miskin dengan pakaian ala kadarnya yang berasal
dari Afrika datang menanyakan beliau pada musim haji yang terakhir
(musim haji sebelum beliau meninggal dunia). Orang tersebut bertanya,
“Mana as-Syaikh Bin Baz?”, maka dikatakan kepada orang tersebut,
bahawa beliau tidak sanggup pergi haji.Orang negro itu balik ditanya,
“apa yang anda mahu?”, orang itu menjawab, “saya tidak menginginkan
apa pun dari anda, saya adalah seorang miskin sedangkan as-Syaikh
adalah bapa bagi orang-orang miskin”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir
Zahrani hal. 190)
Karangan-karangan beliau, sebagian kecilnya antara lain:
1.. Al-Fawaid al-Jalilah fi al-Mabahits al-Fardhiyah
2.. At-Tahdzir minal Bida’
3.. Al-‘Aqidah ash-Shahihah wamaa Yudhaadhuha
4.. Al-Jihad fi Sabilillah
5.. Ad-Da’watu Ilallah wa Akhlaaqu ad-Du’at
6.. Al-Jawabul Mufid fi Hukmi at-Tashwiir
7.. Wujuubu Tahkiimi Syar’illahi wa Nabdzu maa Khaalafahu
Beliau wafat pada subuh hari Khamis 27 Muharram 1420 H di kota
Thaaif, disolatkan pada hari Jumaat (28 Muharram 1420 H) di MasjidilHaram,
dan dimakamkan di pemakaman al-‘Adl Makkah Mukarramah. Semoga Allah
merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkannya ke dalam
surga. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir az-Zahrani)(November 1912 – 13/05/1999)
Thursday, March 19, 2009
Selamat Hari Lahir
Hari Lahir merupakan salah satu hari yg amat menggembirakan seseorang,tetapi kadang-kadang ia merupakan satu hari yg mendukacitakan.pada masa kini sambutan hari lahir diadakan bg tiap2 tahun untuk menyambut usia yg semakin meningkat,tetapi kebanyakan nya tidak sedar bahawa semakin meningkat usia semakin dekat kita dengan hari kematian.tetapi hakikatnya hari lahir merupakan hari yg menggembirakan kedua ibubapa kita yang mana telah bersusah payah dalam membentuk dan mendidik anaknya saban tahun.oleh itu hari lahir kita bukanlah untuk meraikan dirisendiri tetapi kita patut meraikan ibu terutamanya serta bapa kita.Sempena hari lahir,kita semestinya berterima kasih kepada ibu yang telah banyak berkorban sejak sebelum kita lahir ke alam dunia yang sementara sehingga dewasa.Justeru hadiahkanlan ciuman dan kasihsayang yang tak terhingga kepada ibu kita sempena hari lahir kita.
Sabda Nabi s.a.w.
"Dari Abdullah r.a.katanya:saya bertanya kepada Nabi s.a.w."apakah amalan yang lebih dikasihi ALLAH?"jawab beliau:"sembahyang dalam waktunya ."tanya Abdullah:"kemudian itu apa?"berbuat baik(berbakti) kepada ibubapa."kemudian itu apa?"Jawab Beliau:"berjuang dijalan ALLAH." -(shahih Bukhari)
menurut hadis diatas terbukti bahawa berbakti kepada ibubapa adalah perkara yang dituntut sebagai seorang muslim.
SELAMAT HARI LAHIR
Selamat selamat selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
Juga yang ingat mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Gunakan untuk berbakti dan menyembah ALLAH
Bila dapat nikmat malulah
Dengan-NYA
Bila dapat ujian redhalah
Dengan-NYA
Bersiaplah untuk pulang pada-NYA
Hidup didunia sebenarnya tipu daya
Wahai ayah dan bonda yang tercinta
Didoakan semoga panjang umur
Murah rezeki sihat badan
Sempena hari lahir
Semoga ilmu dan iman bertambah
-Mawaddah-
Sabda Nabi s.a.w.
"Dari Abdullah r.a.katanya:saya bertanya kepada Nabi s.a.w."apakah amalan yang lebih dikasihi ALLAH?"jawab beliau:"sembahyang dalam waktunya ."tanya Abdullah:"kemudian itu apa?"berbuat baik(berbakti) kepada ibubapa."kemudian itu apa?"Jawab Beliau:"berjuang dijalan ALLAH." -(shahih Bukhari)
menurut hadis diatas terbukti bahawa berbakti kepada ibubapa adalah perkara yang dituntut sebagai seorang muslim.
SELAMAT HARI LAHIR
Selamat selamat selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
Juga yang ingat mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Gunakan untuk berbakti dan menyembah ALLAH
Bila dapat nikmat malulah
Dengan-NYA
Bila dapat ujian redhalah
Dengan-NYA
Bersiaplah untuk pulang pada-NYA
Hidup didunia sebenarnya tipu daya
Wahai ayah dan bonda yang tercinta
Didoakan semoga panjang umur
Murah rezeki sihat badan
Sempena hari lahir
Semoga ilmu dan iman bertambah
-Mawaddah-
Subscribe to:
Posts (Atom)
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.