Wednesday, March 25, 2009

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


Nama beliau adalah Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin
Muhammad bin Abdul Aali Baz. (sebagaimana yang diimlakkan oleh beliau
sendiri.Lihat Imamul ‘Ashar hal. 9-14, oleh Dr. Nasir bin Musfir az-Zahrani).Beliau lahir pada bulan zulhijjah 1330 H bersamaan bulan
november 1912 Masihi.

Beliau merupakan Qadhi di daerah al-Kharaj semenjak tahun 1357-1371H, mengajar di Ma’had al ‘Ilmi di Riyadh pada tahun 1372 H dan fakulti Syari’ah di Riyadh setelah dibentuknya fakulti tersebut pada tahun 1373 H (dalam mata
pelajaran ilmu fiqh, tauhid dan hadits, sehingga tahun 1380 H).

Pada tahun 1381 H beliau dilantik sebagai wakil Reaktor
Universiti Islam Madinah hingga tahun 1390 H, diangkat menjadi
Reaktor Universiti tersebut pada tahun 1390 H setelah wafatnya
as-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalu as-Syaikh rahimahullah pada
bulan Ramadhan 1389 H, kemudian beliau memegang jabatan tersebut
sehingga tahun 1395 H, dan terakhir pada tanggal 14/10/1395 H
keluar Surat Keputusan Kerajaan untuk mengangkatnya sebagai
pimpinan umum untuk bahagian Pembahasan Ilmiyah, Fatwa Dakwah
dan Irsyad (kemudian tersebut berubah menjadi Mufti Umum Kerajaan
setelah dibentuknya Kementerian Urusan Islam, Waqaf,Dakwah dan
Irsyad pada tahun 1414 H).

Asy-Syaikh Bin Baz merupakan seorang yang bersikap dermawan
contohnya Disebutkan dalam “Imamul ‘Ashar ibnu Baz wa al-Albani”
hal. 13,bahawa pernah seorang mujahid diutus menemui beliau (untuk
meminta sumbangan),namun yang ada adalah sebuah benda yang sangat
penting miliknya, maka beliau pun menjual barang tersebut dan
memberikan hasil jualannya kepada mujahid itu untuk dimanfaatkan
di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.

Berkata salah seorang sahabat karib as-Syaikh bin Baz
yang bernama Sa’ad bin Abdul Muhsin (orang ini lebih tua sepuluh
tahun dari as-Syaikh bin Baz), “Dahulu ketika masa mudanya, beliau
(Bin Baz) belajar dengan as-Syaikh al-‘Allaamah Muhammad bin
Ibrahim rahimahullah. Apabila pulang dari belajar dan dalam
perjalanan bertemu dengan seseorang penuntut ilmu atau orang
yang merantau atau tetamu ataupun jiran tetangga, maka beliau
berusaha sekuatnya untuk mengajak orang tersebut masuk ke
rumahnya untuk makan bersamanya, padahal beliau adalah seorang
yang miskin dan kurang persediaan makanan, hal ini terus-menerus
berlanjutan selama hidupnya, bahkan beliau merasa sedih apabila
tidak ada seorang tetamu pun yang menyertainya makan”.

Seorang miskin dengan pakaian ala kadarnya yang berasal
dari Afrika datang menanyakan beliau pada musim haji yang terakhir
(musim haji sebelum beliau meninggal dunia). Orang tersebut bertanya,
“Mana as-Syaikh Bin Baz?”, maka dikatakan kepada orang tersebut,
bahawa beliau tidak sanggup pergi haji.Orang negro itu balik ditanya,
“apa yang anda mahu?”, orang itu menjawab, “saya tidak menginginkan
apa pun dari anda, saya adalah seorang miskin sedangkan as-Syaikh
adalah bapa bagi orang-orang miskin”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir
Zahrani hal. 190)

Karangan-karangan beliau, sebagian kecilnya antara lain:

1.. Al-Fawaid al-Jalilah fi al-Mabahits al-Fardhiyah
2.. At-Tahdzir minal Bida’
3.. Al-‘Aqidah ash-Shahihah wamaa Yudhaadhuha
4.. Al-Jihad fi Sabilillah
5.. Ad-Da’watu Ilallah wa Akhlaaqu ad-Du’at
6.. Al-Jawabul Mufid fi Hukmi at-Tashwiir
7.. Wujuubu Tahkiimi Syar’illahi wa Nabdzu maa Khaalafahu

Beliau wafat pada subuh hari Khamis 27 Muharram 1420 H di kota
Thaaif, disolatkan pada hari Jumaat (28 Muharram 1420 H) di MasjidilHaram,
dan dimakamkan di pemakaman al-‘Adl Makkah Mukarramah. Semoga Allah
merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkannya ke dalam
surga. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir az-Zahrani)(November 1912 – 13/05/1999)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.