Thursday, March 26, 2009

Solat Subuh


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap
hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap
umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Solat subuh merupakan solat yang pertama dilakukan oleh umat
islam setiap hari.
Sabda Rasulullah s.a.w.:"pokok segala perkara adalah itu adalah
islam dan tonggak islam itu adalah solat,dan puncak islam itu adalah
jihad dijalan Allah"(HR Ahmad dan at-Tirmidzi)

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.
iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan alam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang MUNAFIK adalah
solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang
terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya
sekalipun dengan merangkak!" (HR Ahmad dan An-Nasai’)

Banyak fadhilat solat subuh yang diceritakann oleh nabi Muhammad s.a.w,
antaranya ialah:,

Dari Jarir r.a,katanya: "kami bersama-sama dengan nabi s.a.w.dan
beliau melihat pada bulan-yakni bulan ke 14-
Maka baginda bersabda,"sesungguhnya kamu semua akan melihat tuhanmu,
sebagaimana kamu melihat bulan ini.Kamu tidak akan berdesak-desak
melihat-Nya,jika kamu sanggup tidak pernah kalah pada mengerjakan
solat Subuh sebelum matahari terbit,dan solat Asar sebelum matahari
terbenam.Maka hendaklah kamu laksanakannya.
kemudian baginda membaca ayat:"dan tasbihlah kamu memuji tuhanmu
sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam."(Al-Qaaf,50:39)
(HR al-Bukhari)

Firman Allah s.w.t:"dan dirikanlah solat dari sesudah tergelincirnya
matahari sampai gelap malam,dan(dirikanlah pula)solat Subuh.sesungguhnya
solat Subuh itu disaksikan(oleh malaikat)."(Al-Isra':78)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah SAW," dua rakaat solat
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
(HR at-Tirmidzi)

Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Telah berkata pendeta yahudi:"tidak akan aku gentar pada umat
islam selagimana jumlah muslim yang datang menunaikan solat subuh
berjamaah tidak menyamai jumlah muslim yang menunaikan solat jumaat"

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.