Halal dan haram adalah dua perkara yang penting dan perlu kita titik beratkan didalam kehidupan kita sebagai umat islam terutamanya yang beriman kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar beriman. Kerana ia merupakan antara tujuan manusia dijadikan oleh Allah s.w.t diatas muka bumi ini. Sebagai seorang khalifah di muka bumi. Dalam kita sebagai seorang yang beriman untuk mencari keredhaan Allah s.w.t haruslah kita mengetahui antara suruhan Allah dan larangan Allah s.w.t. perkara suruhan dari Allah merupakan perkara yang halal untuk kita kerjakan manakala perkara yang dilarang adalah perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
Pada masa sekarang, halal dan haram amat dititik beratkan oleh umat islam,bahkan non-muslim pun bertindak memilih barang-barang yang halal dalam pembelian terutamanya makanan. Ini kerana mereka berpendapat biasanya barang-barang yang halal adalah berkualiti dan diyakini kebersihannya.
Tetapi adakah Halal dan Haram bagi umat islam hanya untuk makanan, kerana logo halal yang terletak di bungkusan makanan? Itulah pandangan kebanyakan umat islam zaman kini. Tetapi sedarkah mereka bahawa Halal dan Haram bukan sahaja pada makanan bahkan bagi islam halal dan haram merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Sedarkan umat islam bahawa berjudi,meninggalkan solat, puasa, zakat(dengan sengaja), menerima rasuah, mengambil @ menggunakan harta bukan milik sendiri tanpa kebenaran adalah haram.
Bagi seseorang yang tidak pasti@ ragu-ragu terhadap sesuatu perkara haruslah mengkaji terlebih dahulu sebelum melibatkan diri kedalam perkara tersebut. Rasulullah s.a.w, pernah bersabda seperti yang tercatat didalam kitab shahih bukhari;
Nu’man bin basyir r.a. bercerita bahawa ia pernah mendengar rasulullah s.a.w.bersabda;”perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula.antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui(hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barang siapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu,bererti ia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa yang mengerjakan perkara yang meragukan , sama dengan pengembala yang mengembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatiri dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah,semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baik pulalah tubuh itu semuanya.dan apabila daging itu rosak, maka binasa pulalah tubuh itu keseluruhannya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!”
Dalam hadis diatas Rasulullah s.a.w mengigatkan supaya kita selalu hemat dan cermat dalam setiap pekerjaan supaya jangan melanggar larangan Allah. Menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk menuntut ilmu jika merasakan ragu-ragu terhadap sesuatu perkara. Jangan biarkan diri terjerumus dalam perkara diragukan bagi menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment