Membazir biasa dikaitkan dengan perbelanjaan. Dari segi bahasa membazir boleh ditakrifkan sebagai berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya.
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]
adakah kita sedar bahawa sesungguhnya membazir itu bukan sekadar dari segi perbelanjaan tetapi ad banyak lagi.Pemahaman seperti ini seringkali tidak dapat dibezakan oleh kebanyakan masyarakat sekarang yang hanya berfikiran jumud atau sempit.Seumpama masyarakat sekarang memahami tentang islam yang mereka berpendapat agama islam hanya dalam bentuk ibadat kepada ALLAH s.w.t padahal islam itu berbentuk syumul dan meliputi semua aspek kehidupan.
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment