Sunday, April 4, 2010

Langkah-Langkah dalam Proses Perancangan Dakwah

Dalam merancang satu-satu aktiviti dakwah,para daei perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan tentang apa yang hendak didakwahkan serta ilmu-ilmu berkaitan cara menyampaikan dakwah serta memiliki akhlak yang terpuji supaya apa yang para daei hendak dakwahkan sampai kepada masyarakat dan boleh diterima oleh masyarakat. Sebelum melakukan aktiviti dakwah sesuatu gerakan dakwah atau idaei perlu merancang aktiviti ini supaya aktiviti dakwah dapat berjalan dengan lancar serta matdamat dakwah dapat dicapai. Terdapat enam langkah-langkah dalam proses perancangan dakwah.

1.Analisis Suasana

Menganalisis suasana merupakan langkah yang penting dalam menyampaikan dakwah.sebelum mengambil sesuatu tindakan kita mestilah memahamikeadaan serta persekitaran dimana aktiviti dakwah hendak dijalankan. Anatar aspek-aspek yang perlu dikaji antaranya ialah aspek social yang mana menyentuh komposisi , nilai, sikap yang mempengaruhi masyarakat di sesuatu tempat. Perancangan dakwah yang dilakukan tanpa memahami serta melakukan analisis reality masyarakat boleh diibaratkan seperti membina rumah di atas angin.selain itu para daei juga perlu menganilis keupayaan diri @ keupayaan organisasi dakwah seperti keupayaan tenaga kerja, kekuatan dan kelemahan organisasi, serta struktur dan budaya organisasi.

2. Penentuan Matlamat

Dalam menyampaikan dakwah matlamat adalah penting supaya para daei @ organisasi dakwah bergerak berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat dua jenis matlamat iaitu matlamat strategic dan matlamat praktikal. Matlamat strategic ialah matlamat jangka panjang yang tertumpu pada persoalan apa yang ingin kita capai dalam sesuatu persekitaran.matlamat teknikal ialah matlamat jangka masa pendek yang perlu dicapai untuk menjayakan matlamat strategic.matlamat ini lebih tertumpu kepada bagaimana hendak melaksanakan matlamat strategic.

3. Mengkaji Alternatif

Menkaji alternative ialah dimana kita perlu mengkaji tindakan-tindakan yang dapat diambil untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.persoalan-persoalan yg mesti diselesaikan ialah seperti adakan sesuatu alternative itu praktikal(adakah alternative itu dapat dilaksanakan dengan sumber dan tenaga kerja yang ada),adakah sesuatu alternative itu akan Berjaya dan yang manakah antara alternatif-alternatif ini yanag palaing tinggi possibilitinya untuk mencapai matlamat yg disasarkan.

4. Memilih Alternatif

Proses pemilihan alaternatif ini hendaklah mengambil kira had masa, kadang2 kita terpaksa memilih alternative kerana kesuntukan masa, walaupun kita munglin akan memperolehi alternative yang lebih baik sekiranya para daie dapat menyiasat@menganalisis lebih lama. Paling tidak pun alternative yang dipilih dapat memenuhi keperluan yang paling minimum dan menghasilkan kesan yang maksimum.

5. Pelaksanaan

Pelaksanaan merupakan proses yang paling utama dalam menentukan keberjayaan sesuatu perancangan. Pada peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilakukan antaranya ialah: mengenalpasti kemahiran yang diperlukan, pastikan yang terlibat betul2 memahami keputusan serta tugas yang akan dilaksanakan, menyusun dan mengagihkan tugas, memperincikan tugas, menggabungkan ahli2 serta unit2 dalam organisasi dalam bentuk yang paling sesuai dan berkesan dan mendapatkan sokongan dan penerimaan mereka yang terlibat (kerjasama).

6. Pengawalan

Pengawalan merupakan langkah terakhir dalam proses perancangan dakwah. Pengawalan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pengawasan serta pembetulan.perkara yang perlu ada dalam sistem kawalan untuk memastikan ianya berjalan dangan lancar antaranya ialah pengukur-pengukur prestasi (tahap yang perlu dicapai), kriteria-kriteria( cth jumlah mad’u yang dapat didakwahkan), sistem maklumat( laporan) dan tatacara pembetulan( untuk mengatasi masalah yang berlaku).

Monday, March 29, 2010

Dua Golongan Pendakwah yang Bermasalah

Dakwah merupakan stu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap muslimin. Dakwah memerlukan kesungguhan dan istiqamah untuk mencapai matlamat dakwah.Matlamat dakwah tak akan dicapai dengan menganggap ianya satu hobi pada masa lapang atau satu sesi berfikir tentang masalah dakwah seminggu sekali. dua golongan pendakwah yang mungkin bermasalah dalam mencapai matlamat utama dakwah ialah:

1. Golongan Pendakwah Rutin

Golongan pendakwah rutin ialah golongan pendakwah yang melihat usaha dakwah sebagai usaha mengulangi perkara tertentu sahaja. Mereka akan menggunakan pendekatan yang sama, contohnya dalam menyampaikan dakwah tanpa mengambil kira aspek persekitaran dan sasaran dakwah yang mereka hadapi. Golongan ini tidak banyak berfikir dan berpendapat bahawa dakwah sekadar beberapa tindakan yang mudah.

2. Golongan yang Gopoh dan bertindak mengikut Emosi

Golongan ini biasanya bertindak mengikut ledakan emosi.golongan ini lebih mementingkan kejayaan jangka masa pendek dan kepuasan perasaan mereka.Golongan ini tidak berfikir panjang dan tidak menimbang semula sama ada sesuatu tindakan itu membawa manfaat bagi dakwah dalam jangka masa panjang atau tidak. tindakan-tindakan mereka lazimnya lebih merupakan reaksi spontan kepada perubahan persekitaran yang mereka hadapi,bukan daripada pertimbangan dan perancangan yang teliti, golongan ini biasanya tidak mempunyai disiplin yang diperlukan untuk mengurus dakwah.

Wednesday, March 10, 2010

RAHSIA LIMA MASA DISEMBUNYIKAN

ABU Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Pada (Ramadan) ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan baginya kebajikan pada malam itu, maka sesungguhnya, dia diharamkan daripada segala macam kebajikan.”

Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat. Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar Lailatul Qadar?

Jumhur ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertakwa dan ikhlas beribadat serta berusaha untuk mendapatkannya.

Selain itu, beberapa ulama Salaf (terkemudian) menjelaskan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya:

1. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;
ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Allah SWT telah mengkhabarkan sesungguhnya Ia telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Dimana Allah berfirman, “Sesungguhnya kami turunkannya di malam yg barakah”. Inilah yang kemudian dikenal sebagai malam Al-Qadar yg berada didalam bulan Ramadan sebagaimana firmannya, “Pada bulan Ramadan yang diturunkan didalamnya Al-Quran”.
Berkata Ibnu Abbas bahwa Allah SWT telah menurunkan Al-Quran keseluruhannya dari Lauhul Mahfuz ke Baitul ‘Izzah dari langit dunia kemudian ia diturunkan secara berpisah dan berperingkat selama 23 tahun keatas Nabi SAW, kemudian firman Allah beliau memuliakan Lailatul Qadar dimana Allah SWT telah mengizinkan penurunan Al-Quran.

2. Allah menyembunyikan saat `ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;
Hari dan malam Jumaat. Daripada Abu Lubabah bin Abdul Mundzir berkata, telah bersabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
"Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah dan ia (hari Jumaat) adalah lebih agung di sisi Allah dari Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima peristiwa penting. (Iaitu) Allah mencipta Nabi Adam, Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam, pada hari itu ada satu waktu, bila seorang hamba memohon kepada Allah pasti Allah mengurniakannya selama mana dia tidak meminta yang haram dan pada hari itu juga terjadinya Hari Kiamat. Tiada satu malaikat Muqarrib, tidak juga langit, bumi, angin, gunung, dan lautan kecuali mereka itu merasa takut akan hari Jumaat."
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

3. Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;

4. Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik;
“Dan sesungguhnya Sa’ah (Hari Kiamat) Itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.” (Al-Hajj: 7).
“Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.” (Ghafir: 59).
Terjadinya kiamat adalah hal yang ghaib. Hanya Allah yang tahu. Tidak satu pun makhluk-Nya mengetahui bilakah kiamat, baik para nabi maupun malaikat.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Luqman:34)

5. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepada-Nya.
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Tuesday, January 5, 2010

HALAL VS HARAM

Halal dan haram adalah dua perkara yang penting dan perlu kita titik beratkan didalam kehidupan kita sebagai umat islam terutamanya yang beriman kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar beriman. Kerana ia merupakan antara tujuan manusia dijadikan oleh Allah s.w.t diatas muka bumi ini. Sebagai seorang khalifah di muka bumi. Dalam kita sebagai seorang yang beriman untuk mencari keredhaan Allah s.w.t haruslah kita mengetahui antara suruhan Allah dan larangan Allah s.w.t. perkara suruhan dari Allah merupakan perkara yang halal untuk kita kerjakan manakala perkara yang dilarang adalah perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Pada masa sekarang, halal dan haram amat dititik beratkan oleh umat islam,bahkan non-muslim pun bertindak memilih barang-barang yang halal dalam pembelian terutamanya makanan. Ini kerana mereka berpendapat biasanya barang-barang yang halal adalah berkualiti dan diyakini kebersihannya.



Tetapi adakah Halal dan Haram bagi umat islam hanya untuk makanan, kerana logo halal yang terletak di bungkusan makanan? Itulah pandangan kebanyakan umat islam zaman kini. Tetapi sedarkah mereka bahawa Halal dan Haram bukan sahaja pada makanan bahkan bagi islam halal dan haram merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Sedarkan umat islam bahawa berjudi,meninggalkan solat, puasa, zakat(dengan sengaja), menerima rasuah, mengambil @ menggunakan harta bukan milik sendiri tanpa kebenaran adalah haram.

Bagi seseorang yang tidak pasti@ ragu-ragu terhadap sesuatu perkara haruslah mengkaji terlebih dahulu sebelum melibatkan diri kedalam perkara tersebut. Rasulullah s.a.w, pernah bersabda seperti yang tercatat didalam kitab shahih bukhari;

Nu’man bin basyir r.a. bercerita bahawa ia pernah mendengar rasulullah s.a.w.bersabda;”perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula.antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui(hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barang siapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu,bererti ia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa yang mengerjakan perkara yang meragukan , sama dengan pengembala yang mengembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatiri dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah,semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baik pulalah tubuh itu semuanya.dan apabila daging itu rosak, maka binasa pulalah tubuh itu keseluruhannya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!”

Dalam hadis diatas Rasulullah s.a.w mengigatkan supaya kita selalu hemat dan cermat dalam setiap pekerjaan supaya jangan melanggar larangan Allah. Menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk menuntut ilmu jika merasakan ragu-ragu terhadap sesuatu perkara. Jangan biarkan diri terjerumus dalam perkara diragukan bagi menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.