Friday, April 16, 2010

HAK-HAK WAKTU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DIGANTI

firman Allah s.w.t
"Demi Masa! ,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (surah 'ashr:1-3)


Ada 4 kewajipan dalam waktu

1. Waktu menerima nikmat
Kewajipan pada waktu menerima nikmat ialah bersyukur

2. Waktu ditimpa bencana atau cubaan
Kewajipan waktu ditimpa bencana adalah bersabar dan rela atas cubaan

3. Waktu taat
Kewajipan pada waktu taat ialah mengerti bahawa ketaatan itu adalah suatu nikmat pemberian ALLAH. Janganlah sampai menyangka bahawa ketaatan itu adalah semata-mata usaha sendiri, tanpa nikmat ALLAH didalamnya.

4. Waktu mengerjakan maksiat
Kewajipan pada waktu mengerjakan maksiat adalah bertaubat memohon keampunan kepada ALLAH.

Cubalah kita renungkan , bagaimana orang dapat menggantikan kewajipan waktu yang tertinggal apabila waktu itu telah berubah? Kerana dengan berubahnya waktu, maka berubah pula hak kewajipannya. Sehingga dia tidak dapat menggantikan apa yang tertinggal pada masa yang telah berlalu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“barangsiapa yang diberi hendaklah bersyukur, diuji lalu bersabar, dianiaya lalu memberi ampun, menganiaya lalu meminta ampun. Kemudian selepas itu Rasulullah SAW diam sehingga para sahabat bertanya :”lalu apakah yang akan diperolehnya , ya Rasulullah? Maka baginda bersabda: merekalah orang-orang yang mendapat kesejahteraan dan mereka itu orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(kitab al-hikam oleh syeikh Ahmad ‘Ataillah)

Justeru itu,janganlah kita mensia-siakan umur tanpa melakukan amal soleh, kerana umur yang telah berlalu itu tidak akan kembali lagi. Kalau ada orang yang membiarkan umurnya berlalu tanpa melakukan amal soleh bererti dia ditimpa kerugian kerana tidak dapat mengulangi umurnya yang telah berlalu itu.

Apa yang telah dihasilkan seseorang dalam umurnya berupa amal soleh adalah merupakan barang yang tidak bernilai harganya kerana dalam amal soleh itu,bagi orang-orang yang soleh ia sangat berhati-hati dalam menjaga waktunya. Mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada untuk perkara yang bermanafaat, bukan untuk disia-siakan dengan melakukan maksiat.

“ALLAH didahulukan, AKHIRAT diutamakan”
“one ummah”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.