Monday, June 25, 2012

PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI




“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )

             Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.
                   Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Thursday, June 14, 2012

Zaid gugur syuhada sebagai panglima



JAAFAR bin Abi Thalib adalah orang paling rapat dengan Rasulullah SAW dari segi hubungan keluarga, sebagai anak saudaranya sendiri.

Keberanian dan ketangkasannya tidak diragukan lagi. Kebangsawanan dan kehebatannya begitu juga, namun dia hanya sebagai orang kedua selepas Zaid iaitu sebagai panglima pengganti, sedangkan Zaid diangkat sebagai panglima pertama pasukan.

Begitulah contoh dan teladan diperlihatkan Rasulullah SAW dalam mengukuhkan sesuatu prinsip.

Islam sebagai agama baru mengikis habis segala hubungan lapuk yang didasarkan pada darah dan keturunan atau yang ditegakkan atas batil, menggantikannya dengan hubungan baru dipimpin hidayah Ilahi yang berpokok pada hakikat kemanusiaan.

Dalam pada itu, Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui secara ghaib berhubung pertempuran yang akan berlaku.

Wednesday, June 6, 2012

73 Golongan Umat Nabi SAW


“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Muslim


Abdullah Ibnu Amru meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda : “Umatku akan menyerupai Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk surga.” Kami (para sahabat) bertanya, “Yang mana yang selamat ?” Rasulullah Saw menjawab, “ Yang mengikutiku dan para sahabatku.” HR Imam Tirmizi.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah Saw bersabda:  “Orang-orang Yahudi terbagi dalam 71 golongan atau 72 golongan dan Nasrani pun demikian. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan.” HR Imam Tirmizi.

Monday, May 30, 2011

Tingkatan Akhlak Islamiah



Tingkatan akhlak islamiyah mempunyai empat tingkatan iaitu Iman,Islam,Takwa dan Ehsan. Semuanya tersusun secara tertib di mana islam akan hanya terhasil daripada iman yang mantap dan begitulah seterusnya. Selagimana tingkat pertama ini belum lagi mantap,maka adalah mustahil untuk dibina tingkat kedua, ketiga dan seterusnya. Kalaulah Iman itu difahami secara sempit dan terbatas, maka Islam, Takwa dan Ehsan pun akan menjadi sempit. Lebih malang apabila ada yang berpandangan bahawa ketakwaan
mereka akan sampai ke darjat yang tinggi dengan hanya memperbaiki penampilan berpakaian mereka, cara duduk mereka, berdiri,makan, minum dan sebagainya. Kemudian dapat pula meraih darjat ehsan yang tinggi dengan hanya melakukan beberapa amalan sunat.Akan tetapi bila dinilai iman dan Islam meraka ternyata masih terlalu rapuh. Selagi mana kesilapan seperti ini berlaku, maka harapan untuk mencapai kejayaan dalam menyempurnaan akhlak Islamiah akan gagal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.