Saturday, April 24, 2010

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:

(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.

(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, dia merupakan orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya.

(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan dia menjadi orang yang berbahagia.

Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Diwaktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada disiplin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada.

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula:

(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan

(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibubapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibubapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.

(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.

(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita samada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.

(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?

(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.

-USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA

Friday, April 16, 2010

HAK-HAK WAKTU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DIGANTI

firman Allah s.w.t
"Demi Masa! ,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (surah 'ashr:1-3)


Ada 4 kewajipan dalam waktu

1. Waktu menerima nikmat
Kewajipan pada waktu menerima nikmat ialah bersyukur

2. Waktu ditimpa bencana atau cubaan
Kewajipan waktu ditimpa bencana adalah bersabar dan rela atas cubaan

3. Waktu taat
Kewajipan pada waktu taat ialah mengerti bahawa ketaatan itu adalah suatu nikmat pemberian ALLAH. Janganlah sampai menyangka bahawa ketaatan itu adalah semata-mata usaha sendiri, tanpa nikmat ALLAH didalamnya.

4. Waktu mengerjakan maksiat
Kewajipan pada waktu mengerjakan maksiat adalah bertaubat memohon keampunan kepada ALLAH.

Cubalah kita renungkan , bagaimana orang dapat menggantikan kewajipan waktu yang tertinggal apabila waktu itu telah berubah? Kerana dengan berubahnya waktu, maka berubah pula hak kewajipannya. Sehingga dia tidak dapat menggantikan apa yang tertinggal pada masa yang telah berlalu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“barangsiapa yang diberi hendaklah bersyukur, diuji lalu bersabar, dianiaya lalu memberi ampun, menganiaya lalu meminta ampun. Kemudian selepas itu Rasulullah SAW diam sehingga para sahabat bertanya :”lalu apakah yang akan diperolehnya , ya Rasulullah? Maka baginda bersabda: merekalah orang-orang yang mendapat kesejahteraan dan mereka itu orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(kitab al-hikam oleh syeikh Ahmad ‘Ataillah)

Justeru itu,janganlah kita mensia-siakan umur tanpa melakukan amal soleh, kerana umur yang telah berlalu itu tidak akan kembali lagi. Kalau ada orang yang membiarkan umurnya berlalu tanpa melakukan amal soleh bererti dia ditimpa kerugian kerana tidak dapat mengulangi umurnya yang telah berlalu itu.

Apa yang telah dihasilkan seseorang dalam umurnya berupa amal soleh adalah merupakan barang yang tidak bernilai harganya kerana dalam amal soleh itu,bagi orang-orang yang soleh ia sangat berhati-hati dalam menjaga waktunya. Mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada untuk perkara yang bermanafaat, bukan untuk disia-siakan dengan melakukan maksiat.

“ALLAH didahulukan, AKHIRAT diutamakan”
“one ummah”

Monday, April 12, 2010

D'BALI resort


Dai’e dan Sepohon Pokok

Dalam mengatur kehidupan sebagai seorang daie @ pendakwah, setiap pendakwah perlu memahami setiap langkah yang perlu dilaksanakan supaya setiap gerak-geri yang dilakukan penuh dengan makna dan bermanfaat kepada diri sendiri terutamanya dan kepada orang awan. Biasanya para daie yang tidak betul-betul memahami setiap langkah yang perlu dilaksanakan dalam memastikan kebarkesanan dakwah yang disampaikan akan menemui kegagalan. Kegagalan yang dimaksudkan disini ialah kegagalan untuk memastikan madu’terus istiqamah dalam gerak kerja dakwah dan seterusnya dapat menyambung tugas dakwah yang telah dijalankan oleh nabi junjungan besar Muhammad s.a.w. Sejarah membuktikan bahawa kerja-kerja dakwah bukan sesuatu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng. Terdapat pelbagai halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh para daie’ untuk menyampaikan dakwah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah menghadapi bermacam-macam dugaan dan rintangan dalam menyampaikan dakwah.contohnya ketikamana Nabi s.a.w.menyampaikan dakwah di thaif, baginda dibaling dengan batu oleh penduduk serta anak-anak kecil sehinggakan baginda tercedera. Hanya daie’ yang terlatih dan memahami gerak kerja dakwah sahaja mampu melakukan tugas-tugas dakwah secara berkesan.

Gerak kerja dakwah yang tesusun serta istiqamah dalam melahirkan daie’-daie’ baru yang dapat menjalankan amanah dari ALLAH s.w.t perlulah ada dalam diri setiap diri para daie’. Kita boleh analogikan gerakan dakwah serta tarbiyyah yang tersusun untuk melahirkan daie’ baru seumpama kisah sepohan pokok dan seorang petani. Dalam kisah ini para daie’ boleh diibaratkan sebagai petani dan madu’(orang yang hendak didakwahkan supaya menjadi daie’ baru)boleh diibaratkan sebagai sepohon pokok. Kita boleh kategorikan proses penanaman pokok kepada tiga peringkat iaitu peringkat benih,peringkat pembesaran pokok dan peringkat menuai hasil.

Dalam proses penanaman pokok, langkah pertama yang perlu dilakukan seorang petani ialah memilih anak benih yang berkualiti dan baik sifatnya. Sepertimana dalam memilih madu’ yang harus dilatih untuk bekerja dalam kerja dakwah juga perlu mempunyai kelebihan serta keupayaan dalam menangkis sebarang halangan dan rintangan disepanjang jalan dakwah.

Sebagai seorang petani yang mengambil berat tentang tanamannya,pokok tadi akan sentiasa dijaga dan dibaja agar tumbuh dengan subur tanpa ada sebarang kecacatan ataupun penyakit yang akan menyebabkan pokok tersebut terbantut pembesarannya dan seterusnya mati. Samalah juga sebagai seorang daie yang bertanggungjawab, perlulah untuk memandu madu’ dan sentiasa memberi tunjuk ajar dalam hal-hal agama dan sebagainya. Jika para daie’ hanya bersikap seumpama “melepaskan batuk ditangga “ maka madu’ yang telah dipilih untuk dilatih akan keciciran dan tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Pada peringkat ini masih ada lagi ruang dan masa untuk para daie’ bermuhasabah diri serta membaiki kelemahan diri untuk membentuk madu’ supaya menjadi daie’.pokok yang terkena penyakit masih lagi boleh dirawat serta disemburkan racun serangga untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan pada pokok berlaku.

Selepas lama menanam pokok, tibalah masanya untuk pokok berkenaan berbunga dan seterusnya akan berbuah. Pada saat ini,peranan petani sangat penting untuk memastikan hasil@ buah dari pokok berkualiti seperti manis, enak rasanya dan buah tidak mudah rosak. Jika masalah pemahaman para madu’ masih lagi tidak jelas dengan tugas-tugas yang perlu dijalankan, peranan daie’ amatlah diperlukan bagi memastikan hasil didikan @tunjuk ajar sejak sekian lama berhasil. Walaupun pada peringkat ini telah dikira terlambat bagi daie’ untuk membentuk daie’ yang baru, tetapi dengan kesungguhan serta strategi yang yang berkesan dan efektif maka dapat melahirkan daie’ yang berkualiti dan mampu melakukan gerak kerja dakwah dalam masa yang singkat. Petani akan dapat hasil @ buah yang berkualiti jika meletakkan baja buah pada pokok untuk memastikan hasil boleh dituai.

Oleh itu, strategi dan perancangan yang teliti dan tersusun dalam setiap tindakan daie’ amatlah diperlukan agar dapat melahirkan generasi daie’ baru yang lebih efektif dalam melakukan gerak kerja dakwah.

"ALLAH didahulukan, AKHIRAT diutamakan"........"one UMMAH"

_mujahid teratai

Sunday, April 4, 2010

Langkah-Langkah dalam Proses Perancangan Dakwah

Dalam merancang satu-satu aktiviti dakwah,para daei perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan tentang apa yang hendak didakwahkan serta ilmu-ilmu berkaitan cara menyampaikan dakwah serta memiliki akhlak yang terpuji supaya apa yang para daei hendak dakwahkan sampai kepada masyarakat dan boleh diterima oleh masyarakat. Sebelum melakukan aktiviti dakwah sesuatu gerakan dakwah atau idaei perlu merancang aktiviti ini supaya aktiviti dakwah dapat berjalan dengan lancar serta matdamat dakwah dapat dicapai. Terdapat enam langkah-langkah dalam proses perancangan dakwah.

1.Analisis Suasana

Menganalisis suasana merupakan langkah yang penting dalam menyampaikan dakwah.sebelum mengambil sesuatu tindakan kita mestilah memahamikeadaan serta persekitaran dimana aktiviti dakwah hendak dijalankan. Anatar aspek-aspek yang perlu dikaji antaranya ialah aspek social yang mana menyentuh komposisi , nilai, sikap yang mempengaruhi masyarakat di sesuatu tempat. Perancangan dakwah yang dilakukan tanpa memahami serta melakukan analisis reality masyarakat boleh diibaratkan seperti membina rumah di atas angin.selain itu para daei juga perlu menganilis keupayaan diri @ keupayaan organisasi dakwah seperti keupayaan tenaga kerja, kekuatan dan kelemahan organisasi, serta struktur dan budaya organisasi.

2. Penentuan Matlamat

Dalam menyampaikan dakwah matlamat adalah penting supaya para daei @ organisasi dakwah bergerak berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat dua jenis matlamat iaitu matlamat strategic dan matlamat praktikal. Matlamat strategic ialah matlamat jangka panjang yang tertumpu pada persoalan apa yang ingin kita capai dalam sesuatu persekitaran.matlamat teknikal ialah matlamat jangka masa pendek yang perlu dicapai untuk menjayakan matlamat strategic.matlamat ini lebih tertumpu kepada bagaimana hendak melaksanakan matlamat strategic.

3. Mengkaji Alternatif

Menkaji alternative ialah dimana kita perlu mengkaji tindakan-tindakan yang dapat diambil untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.persoalan-persoalan yg mesti diselesaikan ialah seperti adakan sesuatu alternative itu praktikal(adakah alternative itu dapat dilaksanakan dengan sumber dan tenaga kerja yang ada),adakah sesuatu alternative itu akan Berjaya dan yang manakah antara alternatif-alternatif ini yanag palaing tinggi possibilitinya untuk mencapai matlamat yg disasarkan.

4. Memilih Alternatif

Proses pemilihan alaternatif ini hendaklah mengambil kira had masa, kadang2 kita terpaksa memilih alternative kerana kesuntukan masa, walaupun kita munglin akan memperolehi alternative yang lebih baik sekiranya para daie dapat menyiasat@menganalisis lebih lama. Paling tidak pun alternative yang dipilih dapat memenuhi keperluan yang paling minimum dan menghasilkan kesan yang maksimum.

5. Pelaksanaan

Pelaksanaan merupakan proses yang paling utama dalam menentukan keberjayaan sesuatu perancangan. Pada peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilakukan antaranya ialah: mengenalpasti kemahiran yang diperlukan, pastikan yang terlibat betul2 memahami keputusan serta tugas yang akan dilaksanakan, menyusun dan mengagihkan tugas, memperincikan tugas, menggabungkan ahli2 serta unit2 dalam organisasi dalam bentuk yang paling sesuai dan berkesan dan mendapatkan sokongan dan penerimaan mereka yang terlibat (kerjasama).

6. Pengawalan

Pengawalan merupakan langkah terakhir dalam proses perancangan dakwah. Pengawalan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pengawasan serta pembetulan.perkara yang perlu ada dalam sistem kawalan untuk memastikan ianya berjalan dangan lancar antaranya ialah pengukur-pengukur prestasi (tahap yang perlu dicapai), kriteria-kriteria( cth jumlah mad’u yang dapat didakwahkan), sistem maklumat( laporan) dan tatacara pembetulan( untuk mengatasi masalah yang berlaku).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.