Monday, March 29, 2010

Dua Golongan Pendakwah yang Bermasalah

Dakwah merupakan stu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap muslimin. Dakwah memerlukan kesungguhan dan istiqamah untuk mencapai matlamat dakwah.Matlamat dakwah tak akan dicapai dengan menganggap ianya satu hobi pada masa lapang atau satu sesi berfikir tentang masalah dakwah seminggu sekali. dua golongan pendakwah yang mungkin bermasalah dalam mencapai matlamat utama dakwah ialah:

1. Golongan Pendakwah Rutin

Golongan pendakwah rutin ialah golongan pendakwah yang melihat usaha dakwah sebagai usaha mengulangi perkara tertentu sahaja. Mereka akan menggunakan pendekatan yang sama, contohnya dalam menyampaikan dakwah tanpa mengambil kira aspek persekitaran dan sasaran dakwah yang mereka hadapi. Golongan ini tidak banyak berfikir dan berpendapat bahawa dakwah sekadar beberapa tindakan yang mudah.

2. Golongan yang Gopoh dan bertindak mengikut Emosi

Golongan ini biasanya bertindak mengikut ledakan emosi.golongan ini lebih mementingkan kejayaan jangka masa pendek dan kepuasan perasaan mereka.Golongan ini tidak berfikir panjang dan tidak menimbang semula sama ada sesuatu tindakan itu membawa manfaat bagi dakwah dalam jangka masa panjang atau tidak. tindakan-tindakan mereka lazimnya lebih merupakan reaksi spontan kepada perubahan persekitaran yang mereka hadapi,bukan daripada pertimbangan dan perancangan yang teliti, golongan ini biasanya tidak mempunyai disiplin yang diperlukan untuk mengurus dakwah.

Wednesday, March 10, 2010

RAHSIA LIMA MASA DISEMBUNYIKAN

ABU Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Pada (Ramadan) ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan baginya kebajikan pada malam itu, maka sesungguhnya, dia diharamkan daripada segala macam kebajikan.”

Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat. Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar Lailatul Qadar?

Jumhur ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertakwa dan ikhlas beribadat serta berusaha untuk mendapatkannya.

Selain itu, beberapa ulama Salaf (terkemudian) menjelaskan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya:

1. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;
ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Allah SWT telah mengkhabarkan sesungguhnya Ia telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Dimana Allah berfirman, “Sesungguhnya kami turunkannya di malam yg barakah”. Inilah yang kemudian dikenal sebagai malam Al-Qadar yg berada didalam bulan Ramadan sebagaimana firmannya, “Pada bulan Ramadan yang diturunkan didalamnya Al-Quran”.
Berkata Ibnu Abbas bahwa Allah SWT telah menurunkan Al-Quran keseluruhannya dari Lauhul Mahfuz ke Baitul ‘Izzah dari langit dunia kemudian ia diturunkan secara berpisah dan berperingkat selama 23 tahun keatas Nabi SAW, kemudian firman Allah beliau memuliakan Lailatul Qadar dimana Allah SWT telah mengizinkan penurunan Al-Quran.

2. Allah menyembunyikan saat `ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;
Hari dan malam Jumaat. Daripada Abu Lubabah bin Abdul Mundzir berkata, telah bersabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
"Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah dan ia (hari Jumaat) adalah lebih agung di sisi Allah dari Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima peristiwa penting. (Iaitu) Allah mencipta Nabi Adam, Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam, pada hari itu ada satu waktu, bila seorang hamba memohon kepada Allah pasti Allah mengurniakannya selama mana dia tidak meminta yang haram dan pada hari itu juga terjadinya Hari Kiamat. Tiada satu malaikat Muqarrib, tidak juga langit, bumi, angin, gunung, dan lautan kecuali mereka itu merasa takut akan hari Jumaat."
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

3. Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;

4. Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik;
“Dan sesungguhnya Sa’ah (Hari Kiamat) Itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.” (Al-Hajj: 7).
“Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.” (Ghafir: 59).
Terjadinya kiamat adalah hal yang ghaib. Hanya Allah yang tahu. Tidak satu pun makhluk-Nya mengetahui bilakah kiamat, baik para nabi maupun malaikat.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Luqman:34)

5. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepada-Nya.
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.