Thursday, August 13, 2009

Rahsia kekuatan fikiran 1

Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang menakjubkan.
Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan ia berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan.
Otak orang dewesa mwngandungi 10000000000(sepuluh bilion) neuron atau saraf sel. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan, ia mampu membina lilin,memproses madu yang dikenali sebagai raja ubat, membawa masuk udara segar kedalam sarang serta banyak lagi. Manusia yang mempunyai sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah.



Manusia mempunyai dua jenis sistem ingatan.
1.INGATAN JANGKA PENDEK-maklumat yang diperolehi disimpan dalam jangka masa yang singkat iaitu antara 30 saat hgga 24 jam ianya mudah hilang seperti no telefon dll.
2. INGATAN JANGKA PANJANG-maklumat dapat disimpan dalam jangka masa yang lama.ianya tidak akan luput.ianya masih wujud dalam ingatan Cuma mengambil masa yang lama utk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan.
Bagi memiliki kekuatan fikiran yang tinggi kita perlu memiliki otak yang cerdas dan otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.


Rahsia 1.

PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL.
makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.


Rahsia 2

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS2 ISLAM
1.Madu-al-quran mengiktiraf madu sebagai “shifa” iaitu penyembut penyakit.
2.Kismis-mengandungi zat besi untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.
3.Susu Segar-mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.
4.Halia-sangat mujarab untuk gejala kelupaan.
5.Limau Oren-mengemaskan urat2 jantung dan menambah kekuatan fikiran.
6.Buah Delima-penerang hati.
7.buah badam-meningkatkan kecerdasan.
8.labu-menambahkan keupayaan fizikal dan akal.







Rahsia 3

PEMAKANAN PENYEBAB LUPA.
1.banyak makan epal yang sudah masam.
2. banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3.banyak makan bawang besar.
4.memakan kepala ikan.
5.makan sehingga terlalu kenyang
6.makan makanan disentuh oleh tikus@ haiwan yg kotor.
7.banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimaia termasuk bahan perasa dan bahan awet.

Sunday, August 9, 2009

Radix Satu Kajian

7 jenis herba yang terdapat dalam kopi radix
a.Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
b.Teja Lawang (Cinnamomum iners)
c.Mengkudu Hutan (Morinda eliptica)
d.Tebu Gajah ( Albizzia myriophylla)
e.Mata Pelanduk (Ardisia crispa)
f.Halban (Vitex pubescen)
g.Larak Hutan (Polyalthia hypoleuca)



KELEBIHAN RADIX

Apabila seseorang bekerja keras, otak akan mengeluarkan suatu bahan kimia yang menyebabkan rasa ngilu dan sakit pada bahagian otak. Bahan kimia yang menimbulkan rasa sakit tersebut dipanggil adenosine. Pengambilan kopi radix mengurangkan pengeluaran adenosine dan menghilangkan rasa sakit.
Di dalam kopi radix terdapat bahan yang disebut polifenon iaitu suatu bahan antioksidan yang boleh dijadikan sebagai colon cleanser (pencuci kolon) dan mencegah kanser payudara.
Mengurangkan pengeluaran asid hempedu di mana peningkatan asid hempedu akan meningkatkan zat karsinogenik yang menyebabkan berlakunya tumor.
Mengandungi kadar kalium yang tinggi yang dapat mencetuskan keadaan diuretic di mana ia akan mencegah pembentukan batu dalam ginjal. Sifat diuretic akan mengurangkan wap air dalam peparu yang digunakan untuk perawatan asma.
“Kajian penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia mendapati sebatian aktif iaitu eurycomanone yang terdapat di dalam tongkat ali menunjukkan aktiviti antimalaria yang tinggi terhadap strain Gombak A chloroquine-resistant dan strain D10 chloroquine-sensitif apabila dibandingkan dengan sebatian kimia lain yang terdapat di dalam tongkat ali” (Chan, 2004)
Radix dapat digunakan untuk menghilangkan ketumbuhan (tumor) di otak. Bahan yang dikenali sebagai quassinoid merupakan bahan antitumor yang terdapat di dalam pokok tongkat ali. Hal ini telah diperkuatkan oleh kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.
Mengandungi bahan yang bertindak sebagai antimikrob yang terdapat di dalam pokok halban. Suatu kajian saintifik telah dijalankan di mana hasil pengekstrakan daunnya menggunakan metanol diikuti dengan teknik kromatografi mendapati pokok halban ini mengandungi catechin (I), genistien (II), fruktosa dan xylosa. Catechin dan genistien bersifat antimikrob terhadap bakteria Bacillus cereus (gram positif) dan Pseudomonas aeruginosa (gram negatif).
Didalam tongkat ali terdapat pokok tongkat ali yang boleh digunakan sebagai afrodisiak dan tonik bagi kaum lelaki yang boleh meningkatkan penghasilan sperma (Sareena.et.al, 1993) dan kesuburan lelaki. Satu kajian di Universiti Malaya di mana anak tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan peningkatan hormon sebanyak 48% hormon jantannya dan tikus betina melahirkan anak jantan lebih dari anak betina dengan nisbah 3:1

4 Perkara Yang Berharga

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:”Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.”

1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakna keburukan orang lain

Manusia Akan Menghadapi Empat Penarikan

1. malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2. para ahli waris akan menarik hartanya
3. ulat akan menarik tubuhnya
4. orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaanya di hari khiamat iaitu amalnya

Dari Ali r.a yang bermaksud
"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam

1. Memberi maaf pada waktu marah
2. Suka memberi pada waktu susah
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Masom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati


artikel ini dipetik dari sebuah masjid di kelantan...
sama2 ambil kita ambil iktibar dan peringatan kepada diri semoga sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.