Tuesday, January 20, 2009

bait al-muslim

PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)

Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di sepanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengahwini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puluh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UNTUK TEMPAHAN BARANGAN BOLEH REPLY SHOUTBOX @ COMMENT atau skype -(buzz-lee)@ hubungi bazli(0139970107)...Sebarang Pertanyaan tentang produk yang disediakan boleh adukan dalam blog ini.